Foto: Daily Star
Hasrat seorang pempengaruh TikTok untuk memiliki bibir yang ‘mungil’ tidak kesampaian apabila seorang doktor dipercayai menghentikan rawatan tersebut selepas mengetahui akaun banknya telah disekat.
Doktor hentikan rawatan
Foto: Daily Star
Memetik laporan Daily Star, gadis dikenali sebagai Hareem Shah berasal dari Pakistan membuat rawatan bibir di United Kingdom (UK). Bagaimanapun, ketika suntikan tersebut dilakukan gadis ini telah menerima panggilan telefon yang menjelaskan akaun bank miliknya telah disekat.
Saya berada di UK sekarang. Hari ini saya pergi ke doktor untuk membuat bibir saya.
Doktor baru sahaja memasukkan ‘pengisi’ pada sebelah bibir apabila saya menerima panggilan dan mendapat tahu bahawa FIA telah membekukan akaun bank.
Menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat bibirnya yang bengkak sebelah dan sebelah lagi berada pada keadaan yang normal.
Mengulas lebih lanjut, gadis ini turut menceritakan apa yang berlaku kepada 6.5 juta pengikutnya dan mendakwa prosedur rawatan tersebut dihentikan berikutan status akaun banknya.
Dikaitkan dengan pengubahan wang haram
Foto: Daily Star
Menerusi satu laporan yang lain, akaun bank gadis ini telah dibekukan oleh Agensi Siasatan Perseketuan (FIA) berikutan dikaitkan dengan pengubahan wang haram dan siasatan telah dijalankan bermula 12 Januari yang lalu.
Sebelum ini, dia dikatakan telah memuat naik video memaparkan wang yang banyak serta mempunyai 6.5 juta pengikut.
Sumber: Daily Star