Tidak asing lagi perkataan mengidam dengan ibu mengandung, ada yang sampai minta makanan yang pelik-pelik, sampai jenuh si suami hendak mencari! Namun, berbeza pula dengan seorang wanita hamil ini yang hanya mengidamkan sesuatu yang ‘simple’ iaitu nasi kanak-kanak di kantin sekolah.
Artikel Berkaitan: Wanita Mengandung Datang Sendiri Ke Balai Sebab Mengidam Naik Motosikal Polis – ‘Si Kecil Yang Nak Naik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Hamil Mengidam Jadi Pengantin, Siap Dukung Anak Kecil Berarak Lagi! – ‘Nasib Tak Ngidam Ganti Suami’
Dibelanja mak cik kantin & cikgu
Menerusi perkongsian pengguna Sya Aisyahra di laman Tiktok, dia yang kini mengandung tidak mengidamkan makanan yang mahal, namun hanya teringin untuk merasai nasi yang disediakan untuk kanak-kanak di kantin sekolah.
Video tersebut memaparkan Sya dan suami hadir sendiri ke SMK Tengku Laksamana, Alor Setar, Kedah bagi mendapatkan nasi yang diidamkannya. Menurut Sya, dengan budi bicara pengawal keselamatan sekolah, dia dibenarkan untuk memasuki kawasan sekolah dan menikmati hidangan tersebut di situ.
Boleh, kalau mengandung cakap elok-elok dengan pengawal, kalau tak boleh masuk mintak dia tolong bungkus pun tak apa, untuk lepas ngidam kan.
Tambahnya lagi, peniaga kantin dan cikgu sekolah tersebut turut membelanja hidangan mereka selepas mendapat tahu situasi dia yang sedang mengandung dan mengidam.
Rezeki dapat jugak. Cikgu dengan mak cik kantin siap belanja.
Video tersebut kini telah mengumpul jumlah tontonan lebih 200 ribu, dan 16.6 ribu tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, ternyata Sya bukan asing dalam situasi tersebut, bahkan ramai lagi ibu mengandung yang pernah mengidam untuk makan makanan di kantin sekolah, serta ada yang mengidam makanan di kantin lain seperti hospital dan penjara.
Sumber: Tiktok