Pelakon Hafreez Adam mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang wanita. Menurut Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 31, dia memaklumkan hubungannya dengan wanita tersebut masih di fasa awal.
Artikel Berkaitan: Hafreez Adam Idam Wanita Berpelajaran, Akui Sukar Didekati Kerana Sifat Introvert
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kisah Pasal Umur’ – Hafreez Adam Mahu Wanita Bijak Jadi Pasangan Hidup
Artikel Berkaitan: ‘Klik Punya Pasal, Otak Pergi Tanam Ya?’ – Hafreez Adam Bengang Difitnah Meninggal Dunia
Saya sedang kenal dengan seseorang
Sebelum ini saya terbuka untuk kongsikan perjalanan kisah cinta saya memandangkan pengakhirannya tak manis sangat. Jadi saya mengambil langkah tertutup. Cuma apa yang saya boleh kongsikan adalah, saya sedang kenal dengan seseorang, bukan orang industri.
Ia fasa yang sangat-sangat baru sebenarnya tapi tak tahu hala tuju itu kemana, sekiranya baik, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, tidak jadilah.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Hafreez menyifatkan bekas kekasihnya adalah wanita terbaik yang pernah bertakhta di hati. Ujar Hafreez lagi, dia tidak pernah trauma dirundung kisah putus cinta dalam kehidupan.
Saya nak semua jelas, bekas tunangan saya bukanlah seorang yang tidak baik. Pada saya, dia antara wanita terbaik yang pernah ada dalam hidup saya.
Walaupun perkara itu tak berakhir dengan indah, saya tak ada fobia atau serik untuk berada dalam sesuatu perhubungan. Saya tidak meletakkan apa-apa limitasi bilakah saya akan berkahwin. Itu sahaja yang berubah.
Berbicara soal kisah hati, Hafreez akui kini menyerahkan segala ketentuan pada Yang Maha Esa.
Sebelum ini, saya fikir nak kahwin muda sebab saya nak ada anak. Nak anak itu membesar depan mata saya. Tapi bila ia tak jadi, tiada lagi impian itu. Sekarang ini saya lebih kepada reda. Apa sahaja yang Allah aturkan, saya terima.
Untuk hubungan peribadi saya ketika ini, saya hanya ikut sahaja. Saya kenal dengan seseorang jika ia menarik minat saya. Seperti sekarang ini, masih berkawan, fasa yang sangat awal.
Video
Sumber: Melodi