berita

Hati-Hati! Lebih 50 Ribu Rakaman CCTV Di Rumah Digodam & Dijual Kepada Laman Web Lucah

October 13th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Penggunaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) semakin banyak digunakan di premis-premis perniagaan malahan turut dipasang di rumah atas faktor keselamatan. Di Singapura, dan beberapa negara lain rakaman CCTV milik 50,000 pengguna telah digodam dan lebih menakutkan apabila video tersebut dijual di laman web lucah. Ngerinya!

Dijual semula pada laman web lucah

Foto: Asia One

Penggodam itu bertindak menjual dan berkongsi video-video dari CCTV itu kepada satu laman web pornografi. Video-video itu berdurasi antara satu hingga 20 minit yang menunjukkan pelbagai aktiviti yang dilakukan. Antaranya ialah pasangan suami isteri yang bersama, ibu yang sedang menyusu anaknya dan ragam kanak-kanak.

Lebih mengaibkan, terdapat video di mana ada individu yang tidak berpakaian dan wajah mereka jelas menerusi paparan CCTV ketika berada di ruang tamu dan bilik tidur. Menerusi pemeriksaan, penggodam tersebut menyediakan sebuah platform yang dikenali sebagai Social Discord yang mempunyai hampir 1,000 ahli di seluruh dunia.

Negara terlibat

Gambar sekadar hiasan

Penggodam yang telah ditahan itu mengaku telah berkongsi lebih dari 3 terabyte kepada lebih 70 ahli yang membayar yuran langganan sebanyak AS$ 150 (kira-kira RM 622.12) untuk akses seumur hidup.

Antara negara yang telah menjadi mangsa adalah Thailand, Korea Selatan dan Kanada.

Punca kejadian

Gambar sekadar hiasan

Menurut seorang arkitek Check Point Software Technologies, yang dikenali sebagai Clement Lee, kebanyakan CCTV berisiko untuk digodam kerana ianya dipasang untuk diakses dari jarah jauh menggunakan internet. Selain itu, kata laluan yang digunakan juga adalah lemah dan menggunakan kata laluan asal yang diberikan tanpa menukarnya terlebih dahulu.

Clement turut berkongsi beberapa tips yang harus diikuti jika tidak mahu CCTV rumah digodam.

  1. Menggunakan kata laluan yang agar sukar dan menukar kata laluan asal.
  2. Tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi secara atas talian.
  3. Menggunakan CCTV yang berkualiti tinggi.
  4. Kerap menukar kata laluan.

Seorang peguam dari Singapura yang dikenali sebagai James Ow Yong, menjelaskan bahawa sesiapa yang berkongsi atau menonton video tersebut boleh didakwa atas kesalahan yang berkaitan dengan ‘voyeurisme’ dalam erti kata lain mengintai orang lain.

Sumber: Asia One

SKIP THIS AD ×