berita

‘Hati & Perasaan Kami Amat Terluka’ – Keluarga Yun Peng Minta Henti Sebar Gambar

January 23rd, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Selepas lebih dua hari terjunam ke dalam laut di bawah Jambatan Pulau Pinang, akhirnya kenderaan yang dipandu Yun Peng  berjaya dinaikkan kira-kira pukul 5.50 petang semalam.

Artikel Berkaitan : ‘Mereka Adalah Rakan & Dalam Perjalanan Pulang Dari Menyambut Hari Jadi’

Terbaru, keluarga Yun Peng meminta netizen untuk memadam gambar dan menghentikan sebaran videonya. Mereka turut akui mendiang merupakan seorang anak yang baik.

Hati kami terluka

Setiap kali gambar tersebut kami lihat disebarkan, hati dan perasaan kami amat terluka.

Menurut abang mangsa, setiap kali keluarga melihat gambar mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu dipaparkan di media sosial, perasaan mereka akan lebih pilu. Justeru itu dia meminta agar orang ramai tidak lagi menyebarkan gambar dan video berkenaan.

Kamu mahu keadilan

Tak cukup dengan itu, abangnya turut mahu siasatan terhadap kejadian itu dijalankan dengan adil.

Kami mahu keadilan ditegakkan dalam kes ini. Saya juga harap masyarakat tidak membuat spekulasi mengenai kemalangan berkenaan. Tolong berikan ruang kepada kami sekeluarga untuk kami melalui saat yang sukar ini.

Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis sepenuhnya berhubung kejadian berkenaan.

Dia anak yang baik

Menerusi Mstar, mendiang ada memaklumkan kepada ibunya sebelum mendiang menghadiri sambutan hari jadinya di pulau.

Dia ada bagi tau kepada mak yang dia nak pergi sambut hari jadi di pulau, memamg kalau ke mana pun dia akan beritahu keluarga.

Mendiang seorang anak yang baik dan sentiasa mendengar kata, kehilangannya merupakan satu ujian kepada kami sekeluarga, kami amat sedih dengan apa yang berlaku.

Upacara pengebumian akan dijalankan esok. Terdahulu mangsa yang berusia 20 tahun terjunam ke laut selepas dirempuh sebuah kereta  di Jambatan Pulau Pinang.

Sumber : Mstar, Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×