Seorang individu tampil mendedahkan sikap pemurah personaliti media sosial dan usahawan, Adira Salahudi.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Wajah Kelihatan Berbeza, Adira Salahudi Nafi Ambil Filler & Botox – ‘Takut Jatuh Fitnah’

Artikel Berkaitan: Netizen Nasihat Adira Salahudi Isu Pakaian Ketat, Tegur Sebab Sayang – ‘Hurting? Kami Menegur Kak’

Adira kongsi rezeki 

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut memuat naik mesej perbualan antara dirinya dan Adira.

Berdasarkan perbualan tersebut, Adira meminta bantuan individu itu untuk membeli kaca mata hitam di sebuah butik pakaian.

Pada hantaran yang sama, Adira dilihat memberi RM250 kepada individu berkenaan sebagai saguhati kerana sudi membantunya.

Individu itu turut meluahkan rasa terharu kerana tidak menyangka Adira akan memberi wang kepadanya lebih dari harga kaca mata hitam tersebut.

Saya cuma tolong dia sahaja. Sekali dia punya saguhati tu banyak gila!

Harga kaca mata tu RM88 je tapi dia bank in tengok la berapa. Rezeki, terima kasih dah la dia cantik.

Perkongsian Dahlia Rizal

Sementara itu, pempengaruh Dahlia Rizal dilihat turut berkongsi tentang keperibadian yang dimiliki oleh Adira iaitu semasa mereka menjalinkan berkerjasama sebelum ini.

Saya pernah kerja dengan Adira jadi model brand dia dulu dan dia satu-satunya owner yang beri saya duit lebih semasa bayaran.

Pertama kali dapat duit lebih selepas penggambaran panjang seharian. Dia sangat murah hati.

Sumber: Threads