Pempengaruh, Hazeman Huzir mencuri perhatian apabila mengambil keputusan untuk memotong dan mendermakan rambutnya buat pesakit-pesakit kanser.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Buat Sesuatu Itu Dengan Betul Beserta Ilmu’ – Hazeman Huzir Tegur ‘Terpaling’ Netizen
‘Aku dah janji nak wakaf seluruh tubuh’
Menerusi ciapan dibuat di aplikasi X, Hazeman memaklumkan rambutnya itu akan diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk dijadikan rambut palsu sebelum diberikan kepada pesakit kanser yang memerlukan.
Aku derma rambut aku yang dibela selama tiga tahun ini buat pesakit kanser. Rambut itu akan dijadikan ‘wig’ oleh NGO.
Kemudian diberikan pada adik-adik yang gugur rambut sebab chemo.
Menurut Hazeman, harga rambut palsu yang diperbuat daripada rambut manusia lebih mahal berbanding rambut palsu yang dijual di pasaran.
Sehubungan dengan itu, dia memilih untuk menderma rambutnya untuk memberikan sedikit keyakinan buat pesakit kanser yang mengalami keguguran rambut.
Rambut palsu daripada rambut manusia ini boleh basuh dan boleh ‘hair dryer’. Jadi, mahal sikit kalau dibandingkan dengan ‘wig synthetic’.
Jadi, aku dermakan rambut pada pesakit kanser supaya dorang ‘confident’ balik dan rasa segelumit normal terutama sekali yang budak-budak perempuan.
Di akhir hantaran, penyampai radio Kool 101 ini memaklumkan dia tidak kisah untuk berbuat demikian memandangkan dia juga sudah berjanji untuk mewakafkan seluruh tubuhnya buat mereka yang memerlukan.
Tak apa, rambut boleh tumbuh balik.
Lagipun badan aku ini aku dah janji nak wakafkan seluruh tubuh, dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Ciapan Hazeman
Aku derma rambut aku yg dibela selama 3 tahun ni buat pesakit kanser. Rambut tu akan dijadikan ‘wig’ oleh NGO.
Kemudian diberikan pada adik-adik yang rambut gugur sebab chemo.
Rambut palsu from human hair ni boleh basuh & boleh hair dryer.
So mahal sikit kalau banding dengan… pic.twitter.com/2tZMOgTtHE— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) June 8, 2024
Sumber: Aplikasi X Hazeman Huzir