berita

‘Haziq Je Ke Hidup?’ – 7 Maut Dalam Kemalangan, Soalan Mangsa Terselamat Undang Sebak

August 12th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tujuh mangsa dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dengan Perodua Alza di Kilometer 5, Jalan Keramat Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands.

Hasil siasatan mendapati, Perodua Alza tersebut terbabas ke lorong bertentangan ketika turun dari Cameron Highlands menuju ke Kedah.

Tanya mana nenek, ibu ayah

Memetik laporan Harian Metro, salah seorang mangsa terselamat adalah Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul berumur 9 tahun. Bapa saudara, Mohd Zakri, ketika ditemui wartawan memberitahu, sebaik sahaja terjaga Haziq terus bertanyakan di mana nenek dan ibu bapanya.

Tak sampai hati saya nak mengiyakan hanya dia terselamat.

Tambahnya lagi, dia tidak tergamak untuk memberitahu kebenaran kepada Haziq yang ketika ini sedang menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Tak sanggup iyakan

Selain ibu bapa, Haziq turut kehilangan adik perempuannya, Nur Qaseh Damia yang berumur 4 tahun.

Saya tak sanggup mengiyakan bila dia bertanya kepada saya: “Paklang, kiranya Haziq seorang sajalah yang hidup?”

Kemudian saya tanya dia (Haziq) siapa memberitahunya. Katanya ‘Cik Sara’ iaitu makciknya yang beritahu ibu bapa serta adiknya maut dalam kemalangan itu.

Tambah Zakri lagi, dua keluarga terlibat sememangnya jarang berjalan jauh untuk melancong. Namun, kali ini mereka sempat berkunjung ke Pulau Pangkor sebelum bermalam di Cameron Highlands.

Selalunya mereka hanya bercuti di kawasan yang dekat dengan kampung di Serdang, Kedah seperti Pulau Pinang. Tidak pasti menyambutnya di mana namun memang abang (Mohd Zairul) dan isterinya baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.

Malah kereta yang dinaiki mereka pun kereta yang dipinjam dari kenalan. Saya tahu mengenai nahas itu 7.30 malam melalui kakak kepada Hasliza yang menyedari insiden itu melalui berita di media massa.

Selepas selesai proses bedah siasat, jenazah tujuh sekeluarga itu akan dihantar ke Kampung Badlishah, Serdang, Kedah dan dikebumikan dalam satu liang lahad.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×