
Aktivis kemanusiaan dan juga pelakon, Hazwani Helmi meluahkan rasa kecewa apabila masih ramai umat Islam yang tidak menyokong filem The Voice of Hind Rajab.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Perjelas Isu Guna iPhone Di ABPBH 37 – ‘Sebenarnya Ia Pemberian Orang’
Artikel Berkaitan: Jangan Terlepas Malam Mustajab Doa, Hazwani Helmi Kongsi Manisnya Ibadah Di Bulan Rejab
Penduduk muslim ramai tapi…

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Hazwani atau nama lengkapnya Nur Hazwani Afiqah Helmi, 29, menyatakan jumlah tontonan filem The Voice of Hind Rajab baru mencapai 39,000 di Malaysia.
Jelas Hazwani, Perancis merupakan negara yang memegang jumlah tontonan tertinggi walaupun penduduk Muslim seramai 10 peratus.
Sedihnya. Orang yang tengok filem The Voice of Hind Rajab di Malaysia baru 39,000 saja tatkala penduduk Muslim di sini ada 29.1 juta.
Manakala di negara bukan Islam paling tertinggi ranking sekarang iaitu dari negara Perancis sebanyak 300,000 jumlah tontonan sedangkan penduduk Muslim di sana hanyalah 10 peratus saja.
Dalam pada itu, adik kepada selebriti Heliza Helmi turut mengajak orang ramai menyebarkan filem ini bagi menyedarkan lebih ramai tentang kisah realiti anak Gaza.
Ayuh Malaysia, gunakan kuasa viral untuk menyebarkan kisah realiti anak kecil dari Gaza berusia 6 tahun yang syahid diperlakukan oleh Israel.
Setiap RM1 dari tiket juga akan diinfaq.
Filem The Voice of Hind Rajab membawa penonton menyusuri detik-detik akhir seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bernama Hind Rajab, yang terperangkap di dalam sebuah kereta di tengah konflik peperangan.
The Voice of Hind Rajab bukan sekadar sebuah naskhah filem, sebaliknya ia menjadi saksi dan suara yang akan terus hidup. Saksikan kisah benar yang penuh inspirasi serta sarat dengan emosi ini di pawagam sekarang.
Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, Media Prima akan mendermakan RM1.00 daripada setiap tiket yang dijual ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.
Sumber: Threads @hazwanihelmi








