Semalam mesti ramai yang tak percaya dan macam tak adil bila isu atlet peninju MMA negara dikatakan tidak mendapat penghargaan negara walaupun dapat pingat emas dalam sukan SEA di Singapura baru-baru ni.
Artikel berkaitan: Menang Pingat Di Sukan SEA, Peninju MMA Dedah Pengorbanannya Tidak Diiktiraf Negara
Ramai yang bagi respon berhubung isu ni. Iya lah, tak adil lah kan kalau acara lain dapat pingat emas, perak atau gangsa je announce tapi bila atlet tinju MMA diorang tak bagitau pun. Haa kalau korang nak tau kenapa, Khairy Jamaluddin ada jawapannya..
Nah, ini jawapan dia..
Kalau korang nak tau, Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memang bertanggungjawab dalam penyediaan atlet negara yang menyertai 35 jenis sukan dipertandingkan di Sukan SEA di Singapura yang melabuhkan tirai baru-baru ni.
Tapi dalam 35 jenis sukan yang dipertandingkan tu tak termasuk sukan gusti. Pihak MSN juga tak tahu siapa penganjur sebenar pertandingan yang disertai AJ Lias Mansor ni.
Atlet juga kena dapatkan kebenaran Persatuan Gusti Kebangsaan untuk mewakili negara selain persatuan itu seharusnya bertanggungjawab dalam urusan penyediaan dan keperluan atlet berkenaan sepanjang pertandingan diadakan. Ohh.. gitu kaedahnya…
Oh patut lah.. macam tu cerita dia..
Sebenarnya, atlet MMA yang bernama AJ Lias Mansor tu pergi ke Singapura bukan wakil Malaysia untuk Sukan SEA.. Tapi pertandingan lain yang diadakan sama waktu dengan Sukan SEA.. Harap statement KJ ni dapat redakan isu ni lah ye..
Walaubagaimanapun kami rakyat Malaysia tetap bangga dengan AJ Lias Mansor walaupun menang pingat gangsa je di pertandingan lain, setidak-tidaknya atlet ni dah mengharumkan nama negara kan? Salute!