berita

“Heard About The Heartbreaking News” – Awal Ashaari Sebak Mengetahui Insiden #MH370 Sebaik Mendarat Di Manchester

March 10th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Awal Ashaari

Berita kehilangan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 sejak 2.40 pagi, 8 Mac yang lalu nyata telah menggemparkan seluruh dunia.

Pelbagai usaha mencari dan menyelamat telah dilakukan, namun pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu masih lagi gagal dikesan sehingga kini.

Walaupun kini sedang bercuti di Manchester, pengacara popular, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya tidak ketinggalan turut merasa terkesan dan hiba dengan insiden ini.

Screen Shot 2014-03-10 at 12.31.59 AM

Tidak mahu terlepas untuk mengikuti perkembangan semasa kes insiden pesawat MH370, Awal dilihat telah memuatnaik sekeping foto sebuah siaran televisyen antarabangsa yang sedang memberi liputan secara langsung dari Kuala Lumpur.

Screen Shot 2014-03-09 at 8.33.13 PM

Awal Ashaari tidak ketinggalan untuk menonton liputan terkini MH370

Malah, Awal dan Scha juga berkongsi kesedihan dan kebimbangan yang dirasai mereka bersama penduduk Malaysia di Manchester dan amat berharap agar kesemua penumpang dan krew kapal dapat kembali dengan selamat.

Foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya sebelum pertandingan All England Open Badminton Championship yang diadakan di Birmingham ini menunjukkan Awal dan sekumpulan rakyat Malaysia bergambar sambil memegang tanda Pray For MH370.

Screen Shot 2014-03-10 at 12.30.26 AM

Awal Ashaari mengambil foto bersama sekumpulan rakyat Malaysia di Birmingham

Apapun, sama-samalah kita mendoakan yang terbaik dan semoga hari ini para petugas akan menemui sebarang petunjuk tentang misteri kehilangan pesawat MH370.

Kredit Foto: Instagram Awal Ashaari & Scha Alyahya

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×