Pelakon Abby Abadi mengakui bangga melihat anaknya, Marissa Dania yang semakin matang dan bijak mengurus kehidupan.
Artikel Berkaitan: Nak Cepat Ada ‘Follower’ Ramai Di TikTok, Abby Abadi Kena Tipu Lagi
Artikel Berkaitan: Marissa Dania Selar Individu Sebar Berita Palsu, Dakwa Anak Abby Abadi Meninggal Dunia – ‘Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Duit’
Pandai berdikari
Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, turut berasa gembira apabila Marissa sudah mula berniaga dan mempunyai produk keluaran miliknya sendiri.
Hebat anak mama, nampak sangat berdikari. Pandai bawa diri tanpa mengharapkan sesiapa. Dari tidak tahu serba-serbi sampai dah ada produk sendiri. Pandai buat ‘live’ dah sekarang.
Samalah macam mama pun, lambat pandai guna TikTok, sebab rasa segan nak buat ‘live’. Takut rasa syok sendiri. Namun, jalani saja dan kuatkan diri. Kita semua boleh.
Abby berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian sama, Abby meminta orang ramai supaya mendoakan urusannya sekeluarga dipermudahkan untuk mencari rezeki.
Semoga ada jalan yang baik untuk kami mencari rezeki. Doakan yang baik-baik ya. Mana yang kurang, harap diberi peluang.
Sementara itu, Abby turut memberitahu akan mengeluarkan sebuah produk menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
Sumber: Instagram