berita

Helikopter Persendirian Terhempas, 2 Mangsa Cedera

January 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebentar tadi, berlakunya insiden sebuah helikopter persendirian terhempas di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Lapor Harian Metro, ketika kejadian pesawat tersebut dinaiki oleh dua mangsa.

Mendarat cemas

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Norazam Khamis, kejadian tersebut telah mengakibatkan dua mangsa cedera. Difahamkan, pihaknya menerima panggilan tersebut kira-kira jam 10 pagi dan insiden tersebut melibatkan sebuah  helikopter persendirian jenis Robinson R66 Turbine.

Ketika kejadian, helikopter tersebut membuat pendaratan cemas sebelum terhempas di kawasan lapang di situ.

Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati ada helikopter terhempas seperti laporan diterima, bagaimanapun tiada kebakaran berlaku. Kejadian membabitkan hanya dua mangsa iaitu juruterbang dan pembantu juruterbang.

Hanya mengalami luka-luka kecil

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Mangsa yang dikenali sebagai Khairudin Dahlan, 72 tahun, hanya mengalami  kecederaan di tangan kiri manakala pembantunya, Moithu Kutti Mohamad, 52, mengalami luka-luka kecil.

Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil serta diberikan rawatan oleh pihak Ambulan Pelabuhan Barat.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap & Harian Metro

SKIP THIS AD ×