Umum mengetahui, penyanyi terkenal antarabangsa iaitu Billie Eilish baru sahaja mengadakan konsert di Malaysia beberapa hari lalu. Penyanyi ini kemudian melangsungkan konsert jelajahnya ke negara Singapura pula.
Tetapi lain pula jadinya apabila ada individu yang menjual udara dari konsert Billie Eilish di sebuah platfom menjual beli di dalam talian.
Jual hembusan nafas Billie Eilish
Menerusi laporan yang dipetik daripada Mothership.sg, individu terbabit mendakwa udara yang dijual dengan harga S$15,000 atau kira-kira RM48,000 itu diambil ketika Billie Eilish melangsungkan konsert di Singapura baru-baru ini. Udara yang diiklankan dalam aplikasi menjual beli itu dilihat berada dalam satu bungkusan plastik yang diikat dengan getah sebelum disimpan di dalam balang.
Individu ini mendakwa ketika konsert tersebut, dia berdiri berdekatan dengan pentas dan ianya sekaligus memberinya peluang untuk ‘menangkap’ hembusan nafas penyanyi berusia 21 tahun ini.
Saya berdiri sangat dekat dengan pentas dan berjaya menangkap hembusan nafas penyanyi itu dengan plastik. Bagi mereka yang terlepas konsert tersebut, boleh segera beli udara ini.
Individu ini turut berkongsi satu foto jarak dekat Billie Eilish yang diambilnya sendiri ketika di konsert berkenaan.
Dijual dengan harga RM48k
Sumber: Mothership.sg