berita

‘Hentak Cermin Kereta Sehingga Retak’ – Disangka Teman Lelaki, Pemandu Grab Kena Serang

January 8th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Di waktu ekonomi tidak menentu ini, ramai yang membuat kerja sambilan sebagai pemandu Grab. Namun siapa sangka malang tidak berbau apabila nasib lelaki ini yang dikenali sebagai Fir bertukar tragedi apabila dia diserang secara tiba-tiba.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu berlaku apabila pemandu grab ini menghantar seorang penumpang wanita ke rumahnya. Pemandu itu kemudiannya diserang oleh abang wanita itu gara-gara salah faham.

Lihat lelaki bersama spanar dan besi

Sebaik tiba di kawasan flat berkenaan, saya lihat lima hingga enam lelaki berusia 20-an sudah berada di sana bersama spanar dan besi memerhatikan kereta saya. Lelaki terbabit yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol juga meminta wang sebanyak RM20 daripada saya kononnya sebagai balasan sekiranya mahu dilepaskan keluar dari kawasan berkenaan.

Namun saya enggan menyebabkan mereka menghentak cermin depan dan sisi menggunakan besi dan spanar berulang kali sehingga pecah dan retak

Fir berkata, seorang daripada mereka dipercayai abang wanita terbabit kemudiannya menghampiri kereta sebelum menghemburkan kata kesat kerana beranggapan Fir adalah teman lelaki penumpang yang dibawanya.

Lelaki terbabit kononnya telah membawa adiknya sehingga awal pagi sehingga berlaku pertengkaran walaupun sudah dijelas beliau hanya pemandu Grab.

Hasrat mencari rezeki

Kejadian ini sememangnya tidak diduga kerana hasrat untuk mencari rezeki disalah erti oleh individu lain dan nyaris mengancam nyawa sekiranya saya tidak melarikan diri dari kawasan berkenaan.

Fir juga mengingatkan rakan pemandu lain supaya lebih berhati-hati sekiranya berdepan dengan individu sedemikian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Lelaki ini mengalami kerugian RM3,000 selepas cermin Nissan Almera dipecah sekumpulan lelaki ketika menghantar penumpang perempuan di flat Taman Arbi, Tabuan di Kuching, awal pagi.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×