Kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan yang membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian menjadi tumpuan ramai.
Henti sebar!
Video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar itu tular di semua media sosial.
Allah, Allahuakbar. Yang (sayang), saya tak tinggal awak yang…Allah. Sumpah, saya tak tinggal awak yang, Allah… Itu bini saya bang… Allah Allah Allah.
Gesa henti menyebarkan rakaman itu, pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan tindakan itu tidak menghormati ahli keluarga mangsa.
Tolong jangan sebarkan video kemalangan kereta terbakar tu guys. Itu terlalu keterlaluan untuk ahli keluarga mereka.
Aku tak tengok dan tak nak tengok. Hormati la musibah yang Allah uji kat dia dan kita.
Pantau aktiviti anak
Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memohon agar ibu bapa memainkan peranan memantau platform peribadi anak-anak.
Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi (Sabtu), dua individu maut dalam kenderaan yang terbakar susulan kemalangan membabitkan lima kenderaan itu.
Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.
Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenal pasti.
Sumber: Harian Metro & Instagram @sharnaazahmad