Baru-baru ini wartawan Melodi telah menemu bual penyanyi Saleem mengenai tindakan saman yang akan dikeluarkannya terhadap seorang penyanyi baru. Dia mendakwa satu syarikat rakaman sering menggunakan namanya untuk tujuan mempromosi artis tersebut.
Ramai pihak mendakwa artis baru yang dimaksudkannya itu adalah anaknya sendiri iaitu, Nursyafiq Farhain. Betul ke dakwaan tersebut? Dengar apa kata Saleem.
Akan keluarkan saman
Menerusi perbualan bersama wartawan Melodi, Saleem berkata dia akan menyaman sebuah syarikat rakaman dan seorang penyanyi baru. Menurut isterinya, yang juga pengurus Saleem, mereka tidak akan teragak-agak mengeluarkan saman kerana artis baru tersebut sering menggunakan nama Saleem untuk tujuan kareernya.
Jangan ganggu periuk nasi saya
Saleem juga menganggap tindakan syarikat rakaman yang mengaitkan namanya dalam mempromosi penyanyi baru itu telah mengganggu periuk nasinya sebagai artis yang masih aktif.
Dia melahirkan rasa kecewa kerana artis baru itu menyanyi caranya walaupun selepas beberapa kali perbincangan. Saleem juga turut memberi nasihat kepada artis baru itu supaya berdiri atas bakat sendiri dan henti menggunakan namanya.
Ramai yang marah?
Sumber : Berita Bace Suke Suke