
Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kesal terhadap trend kandungan media sosial yang menayangkan kemesraan pasangan belum bernikah demi tujuan pemasaran.
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Terharu Dengan Kebaikan Bung Moktar, Ajak Umat Islam Muhasabah Diri
Artikel Berkaitan: Asma Harun Tegur MV ‘Quetion’ Dolla, Berpendapat Seni Lagu Tak Semestinya Perlu Seksi & Pamer Aksi Ghairah
Nasihat Ustazah Asma’ Harun

Menerusi hantaran di Facebook, Asma’ menyifatkan situasi ini sebagai satu perkara yang memalukan dan tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam.
Tegasnya alasan ‘tuntutan kerja’ atau ‘konten kreatif’ tidak sepatutnya dijadikan tiket untuk melanggar batas syariat, terutama apabila ia melibatkan individu berpengaruh yang menjadi ikutan anak muda.
Malu dan memang tak patut, hentikanlah normalisasi pasangan belum nikah atau akan nikah, atas dasar kerja sekalipun buat content berlebihan, sweet comel ke apa.
Netizen pun galak memuji bukan menegur, akhirnya ramai ikut tayang couple terbuka.
Jelasnya lagi, sebagai figura yang diikuti ramai, mereka sepatutnya menjadi teladan kepada generasi muda, bukannya menjadi punca kepada runtuhnya batasan syariat.
Situasi ini lagi menyedihkan bila dalam kalangan pemimpin masyarakat dan individu muslim berpengaruh, yang sepatutnya tujuk contoh yang baik kepada anak muda, tapi jadi sebaliknya.
Sekarang dah masuk Rejab ni, janganlah dah Ramadhan nanti makin banyak content tak patuh Syariah ini makin banyak sebab nak iklan Raya.
Kepada pemilik produk atau busana, janganlah kerana nak lariskan jualan, sanggup berhabis buat marketing asal viral walau melampaui batasan Syarak.
Susulan daripada itu, Asma’ menyeru semua pihak agar lebih sensitif dan tidak menghasilkan konten yang melampaui batasan agama hanya kerana mahu jualan yang laris.
Adakah tak mahu cari keberkatan dalam mencari rezeki? Atau asal dapat kaut banyak untung, lepas tu bersihkan atau sedapkan hati dengan Sedeqah.
Kebaikan dan keburukan tidak boleh dicampur aduk, perbuatan ini salah faham besar dan ya adalah tipu daya iblis.
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)