Sejak akhir-akhir ini, sering kali kita lihat segelintir ibu bapa yang sudah kehilangan anak memuat naik video mereka membawa kek hari jadi ke kawasan perkuburan sebagai tanda memperingati hari kelahiran anak tercinta.
Situasi tersebut tentunya menimbulkan persoalan dalam diri masyarakat sama ada perkara itu dibolehkan atau pun sebaliknya?
Artikel Berkaitan: Beri 13 Nasihat Padu, Dr Zulkifli Hantar Surat Terbuka Buat Syamsul Yusof & Keluarga
Dr Zulfikli beri jawapan
Susulan itu, ulama Islam Malaysia yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut melalui hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya.
Menurut Dr. Zulkifli, dia mengharapkan agar ibu bapa menghentikan ‘trend’ tersebut dan sewajarnya menggantikan perbuatan tersebut dengan amalan lebih mulia yang dapat membantu memberikan pahala buat si mati.
Adalah lebih baik jika perbuatan tersebut ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim serta fakir miskin.
Ini kerana, manfaat berbuat demikian adalah jauh lebih besar buat si mati di samping sebagai satu cara untuk memohon keampunan buatnya.
Maka, tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.
Tambah Dr. Zulkifli, seseorang itu seeloknya kembali kepada ajaran Islam dengan cara sentiasa bermuhasabah diri dan mengingati kematian setiap kali menziarahi tanah perkuburan.
Dengan sebab itu, mengimbau kepada sunnah dan sirah, Rasulullah SAW sentiasa menziarahi kubur untuk memberi syafaat kepada ahli kubur dengan doa atau mengambil faedah untuk mengingati kematian dan muhasabah diri.
Bahkan kita sendiri ada diajar untuk berdoa agar diselamatkan dari azab kubur.
Posting Dr. Zulkifli
Sumber: Facebook Dr. Zulkifli