berita

‘Hey Daddy, Setahun Sudah Kamu Pergi Tinggalkan Kami’ – Bunga & Noah

February 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, genap setahun pemergian arwah Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair. Di Instagram, Bunga dan keluarga Ashraf memuat naik foto di mana mereka mengadakan majlis tahlil buat arwah.

Artikel berkaitan: [VIDEO]’Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf’ – BCL Kongsi ‘Love Story’ Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta

Artikel berkaitan: ‘Sejujurnya Masih Belum Bisa..’- Terima Ucapan Hari Lahir, BCL Akui Masih Bersedih Kehilangan Suami

Hey daddy

Hai Daddy, setahun sudah kamu telah pergi meninggalkan kami. Hari ini, kami ingin memberitahu bahawa setahun yang lalu amat sukar buat kami berdua hidup tanpa kamu, tapi kami baik-baik sahaja. Kami cuba dengan situasi yang baru ini. Oleh itu, kamu jangan risau tentang kami. Semoga kamu bahagian di sana. Kami sangat merinduimu.

Menerusi posting yang dimuat naik Bunga, dia dan anaknya iaitu Noah kelihatan menziarah pusara arwah Ashraf semalam. Tambahnya, dia dan Noah masih cuba untuk membiasakan diri tanpa Ashraf sejak setahun yang lalu. Menurut Bunga, ianya satu proses yang amat sukar namun, mereka cuba untuk kuat demi menjalani kehidupan yang mendatang. Bunga dan Noah juga berharap arwah Ashraf tenang di sana.

Selesai tahlil untuk arwah Ashraf

Alhamdulillah, selesai sudah tahlil buat arwah Ashraf yang dilakukan di Jakarta menerusi ‘Zoom’. Terima kasih Bunga. Gembira sangat dapat melihat Bunga, Noah dan keluarga di sana.

Menurut ibu arwah Ashraf iaitu Khadijah A Rahman, mereka sekeluarga di Malaysia dapat bersama-sama dengan Bunga ketika melakukan majlis tahlil menerusi aplikasi ‘Zoom’.

Setahun sudah berlalu. Rindu abang. Al-fatihah.

Menurut adik arwah pula, masa yang berlalu sungguh pantas dan kesemua mereka sangat merindui arwah Ashraf. Rata-rata rakan artis dan kenalan arwah turut merinduinya.

Sumber: Bunga Citra Lestari, Dida Sinclair, Adam

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×