berita

Hidang Daging Wagyu Sebab Nak Rai Kerajaan Baharu – Pengurus

July 19th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Beberapa hari lepas, viral di media sosial menu hidangan tetamu khas semasa majlis angkat sumpah Ahli Parlimen yang didakwa agak mewah. Daging lembu wagyu itu menjadi perhatian ramai selepas seorang individu di Twitter mendakwa harga bagi satu kilogram mencecah RM2k.

Menerusi laporan Berita Harian, Pengurus Putrade Property Management Sdn Bhd, Wan Abdulah Wan Mohamad menafikan dakwaan tersebut.

Dakwaan jamu daging Wagyu RM2k sekilo

Seorang pengguna di Twitter mendakwa menu daging wagyu yang dijamu semasa majlis angkat sumpah di Parlimen dua hari lepas berharga RM2k sekilo. Dia turut memuat naik keratan artikel yang menulis kos bagi sekilo wagyu seperti yang didakwanya.

Berharga RM280 sekilogram

Wan Abdulah Wan Mohamad memberitahu hidangan itu bukan ditempah oleh pihak pengurusan Parlimen sebaliknya ianya adalah pemberian ikhlas daripada pihak katerer. Tambahnya lagi, pihak katerer berbuat demikian kerana mahu meraikan kerajaan baharu dan Tun Mahathir Mohamad.

Daging wagyu yang dihidangkan di meja Perdana Menteri dan tujuh lagi tetamu khas pada majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, Isnin lalu hanya berharga RM280 sekilogram, bukannya RM2,000.

Keseluruhan caj makanan untuk lapan tetamu di meja utama hanya RM400 iaitu RM50 seorang dan hidangan istimewa daging wagyu masak kicap kentang itu adalah pemberian ikhlas daripada pihak katerer untuk meraikan Tun (Dr Mahathir).

Saiz hidangan juga bukanlah besar iaitu hanya 160 gram sahaja untuk seorang dan pemilihan menu juga dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ia disediakan.

Tidak betul kononnya hidangan mewah berharga ribuan ringgit. Sepatutnya pihak terbabit mendapatkan penjelasan daripada kami dan bukannya membuat fitnah di laman sosial.

Beliau memberitahu lagi, sejak sekian lama ini pertama kali menu hidangan untuk meja utama menjadi isu sehingga viral di laman sosial. Agak kecewa apabila niat untuk meraikan kerajaan baru disalah anggap pihak lain.

Daging biasa agak keras dan tidak berapa sesuai untuk dinikmati oleh Tun yang sudah berusia 93 tahun.

Beliau adalah ketua negara dan tidak salah jika kami menjaga dengan teliti pemakanannya

Sementara itu, Wan Abdullah berkata, jumlah perbelanjaaan kerajaan untuk meraikan pelantikan Ahli Parlimen baharu pada majlis berkenaan adalah RM18,750. Kos itu adalah caj makanan untuk keseluruhan 450 orang tetamu.

Sumber : Berita Harian , Duke of KL

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×