berita

Hidap Kanser Payu Dara Tahap 3, Nor Azifah Zainon Perlu RM35,000 Biaya Kos Rawatan

October 27th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nor Azifah Zainon Abidin Hidap Kanser

Pelakon drama terkenal, Nor Azifah Zainon Abidin mengesahkan dirinya ketika ini sedang menderita penyakit kanser payu dara tahap tiga sejak Julai lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Ibarat Kaca Jatuh Berkecai Ke Lantai Bila Dengar Papa Hidap Kanser Limfoma’

Perlu wang sebanyak RM35,000

Nor Azifah Zainon Abidin Hidap Kanser

Memetik  laporan Harian Metro, Nor Azifah berkata, dia reda dengan ujian kesihatan yang menimpa dirinya.

Namun, kata Nor Azifah, dia memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 bagi membiayai kos rawatan dijalaninya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mulanya, saya sakit dada bahagian kiri dan dimasukkan ke Hospital Ampang pada 7 Julai lalu selama empat hari untuk pemeriksaan jantung. Bagaimanapun, selepas dibenarkan keluar dan balik ke rumah, saya menyedari ada benjolan keras pada bahagian dada.

Jadi, saya rasa ada yang tidak kena pada kesihatan dan buat keputusan ke Klinik LPPKN bagi menjalani pemeriksaan momogram dan ultra sound untuk mengenal pasti penyakit sebenar. Kedua-duanya menunjukkan keputusan 90 peratus adalah kanser.

Saya sudah menyiapkan mental dan fizikal menerima dengan tenang mengenai penyakit dihadapi sekalipun ia adalah kanser. Selepas membuat biopsi, doktor beritahu kanser payudara saya di tahap tiga.

Tambah pelakon berusia 59 tahun itu lagi, dia perlu menghabiskan rawatan kemoterapi sebanyak enam kali yang dijangka akan berakhir pada Mac tahun hadapan sebelum menjalani pembedahan.

Dalam kes saya ini, doktor memaklumkan perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam pusingan, pembedahan dan radioterapi. Bagaimanapun, pada 23 Oktober lalu, saya menjalani pemasangan klip pada payudara.

Semoga ada yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya kerana untuk berlakon, saya sudah tidak larat dan perlu banyak berehat. Sekarang pun saya dah lapan bulan tidak berlakon.

Sekadar info, antara drama popular yang dibintangi Nor Azifah termasuklah Dia Bidadari Syurga, Suri Cinta, Seindah Tujuh Warna Pelagi, Istidraj dan banyak lagi.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×