Gitaris kumpulan Hujan, AG Coco dikhabarkan menghidap masalah kerosakan buah pinggang tahap ketiga dan kini sedang menjalani pembedahan ‘ureteric stent insertion’ (memasukkan alat melalui saluran kecil hingga ke pundi kencing).
Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya, Zuliana Eusoff menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.
Artikel Berkaitan: Buah Pinggang Rosak Tahap 2 & Air Kencing Berdarah, Dr Say Bakal Rujuk Pakar
Minor prosedur
Menurut Zuliana, pembedahan tersebut dipercayai dilakukan untuk membenarkan air kencing mengalir dari buah pinggang ke pundi kencing melalui ureter. Sebagai isteri, Zuliana memohon doa daripada orang ramai agar urusan semuanya dipermudahkan.
Tambah Zuliana, dia berasa sebak kerana tidak dapat berada di sisi suami tersayang pada waktu ini. Difahamkan, Zuliana kini berada di London, United Kingdom bersama anak mereka, Hidayat Hezry .
Sumber: Zuliana Eusoff