berita

Hidap Penyakit ‘Kaki Gajah’, Berat Cecah 180kg, Wanita Didakwa Murung Sehingga Nekad Bakar Diri

July 11th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Nibong Tebal, dua beradik perempuan yang melecur teruk dalam sebuah kebakaran Khamis lalu dilaporkan telah meninggal dunia. Memetik laporan Astro Awani, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Bertengkar sebelum simbah petrol?

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata dua beradik tersebut meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya. Masing-masing yang berusia 39 dan 33 tahun melecur 100 peratus di bahagian badan.

Tambahnya, kebakaran berlaku berpunca daripada salah seorang mangsa yang bertindak membakar diri sendiri akibat tertekan. Dia difahamkan menghidapi penyakit misteri iaitu ‘kaki gajah’ sehingga berat badannya mencecah 180kg.

Sebelum nekad membakar diri, mangsa dikatakan bertengkar dengan adiknya. Mangsa mengambil minyak petrol yang terletak di belakang pintu bilik lalu menyimbah seluruh tubuhnya. Adik yang cuba menyelamatkan kejadian turut sama disambar api yang sedang marak.

Adik wanita itu meninggal dunia pada jam 5.34 pagi manakala wanita terbabit pula meninggal pada jam 11.43 pagi.

Siasatan yang dijalankan di rumah berkenaan mendapati terdapat lima penghuni ketika kejadian berlaku yang mana suami wanita terbabit keluar bekerja manakala suami adiknya pula sedang menjalani hukuman penjara.

Tiga mangsa yang melecur kini dilaporkan stabil dan salah seorang sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Selain mangsa, pembantu rumah warga Myammar serta dua kanak-kanak lelaki turut sama melecur ketika cuba memadamkan api.

Sentiasa kemurungan

Sekadar gambar hiasan

Kata Chong Chern lagi, akibat penyakit misteri dan masalah berat badan, mangsa tertekan sehingga kemurungan.

Wanita berkenaan pernah mendapatkan rawatan ekoran penyakitnya di Chennai, India pada tiga tahun lalu namun tidak mendapatkan sebarang rawatan di hospital negara ini.

Perkara itu menyebabkan dia sentiasa kemurungan dan selalu bercakap kasar dengan ahli keluarganya kerana tidak boleh menerima hakikat hingga dia bertindak di luar jangka.

Kebakaran telah memusnahkan 15 peratus bahagian bilik utama rumah berkenaan.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×