Selepas dua tahun kes saman fitnah antara balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah dan pelawak Ali Puteh berlanjutan akhirnya mendapat keputusan.
Bergenang mata
Menurut Hidayah, 33, dia menarik nafas lega apabila kemenangan berpihak pada dirinya selepas sekian lama menunggu.
Air mata turut kelihatan bergenang di mata Hidayah ketika dia diminta berkongsi perasaan berhubung kes saman fitnah tersebut.
Saya dah rasa lega sangat. Saya gembira dan berpuas hati dengan keputusan hari ini.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, diperintahkan membayar ganti rugi kepada Hidayah sebanyak RM60,000.
Doa untuk kami
@ohbulanofficial Selepas dua tahun kes saman fitnah akhirnya mendapat keputusan. #ohbulan #sembangentertainment #fyp??viral #viral #fyp ? original sound – Ohbulan
Dalam pada itu, Hidayah turut memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan beliau dan anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Doakan yang terbaik untuk saya dan anak saya.
Ditanya tentang keadaan kesihatan anak tunggalnya, Hidayah membalas, ‘baik.’
Terdahulu, kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.
Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.