Sebelum ini heboh cerita mengenai balu kepada arwah Abam, Siti Nor Hidayah mendakwa dirinya dan anak, Syed Uthman Hamzah disihir selepas Allahyarham Abam meninggal dunia. Berita mengejut itu diceritakan Hidayah menerusi satu hantaran dimuat naiknya di Instagram (IG) memohon pertolongan pakar untuk mengubat penyakit sihir yang diterimanya.
Artikel Berkaitan: Hidayah Dakwa Disihir Sejak Arwah Abam Meninggal, Minta Pertolongan Cari Pakar Perubatan Islam
Artikel Berkaitan: Abang Nor Hidayah Dedah Derita Hamzah Disihir, Mulut Berbuih Sampai Nyawa Ikan – ‘Budak Bukan Lawan Kau!’
Bawa Hamzah berubat di Telaga Tok Sheikh
Terbaru, Hidayah berkongsi momen dirinya membawa Hamza pergi ke Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit yang dialami anaknya itu.
Menerusi hantaran dibuat, Hidayah memaklumkan bahawa dia dan ahli keluarga pergi ke Telaga Tok Sheikh untuk memandikan Hamzah.
Hidayah juga mengambil kesempatan dengan menunaikan solat di kawasan tersebut untuk meminta pertolongan Allah S.W.T agar anaknya sembuh daripada sebarang penyakit serta gangguan yang dialaminya.
View this post on Instagram
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar penyakit yang dialami Hamzah segera sembuh dan segala urusan berubat Hidayah dan anaknya itu dipermudah.
Terdahulunya, abang kepada Hidayah, Mohd Azmier juga tampil memuat naik satu hantaran di Facebook mendakwa bahawa Hamzah telah disihir sejak bayi sehingga menyebabkan anak saudaranya itu mengalami masalah saraf sehingga tidak mampu untuk memegang sudu dan memegang pensil untuk menulis dengan baik.