berita

Hidayah Dakwa Disihir Sejak Arwah Abam Meninggal, Minta Pertolongan Cari Pakar Perubatan Islam

April 3rd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah berkongsi berita mengejutkan kepada orang ramai, pada malam Ahad.

Artikel Berkaitan: Hidayah Abam Persoal Tindakan Ali Puteh Padam Video, Tetap Tuntut Bayaran RM60,000

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengamal Perubatan Islam ‘Sekolahkan’ Ali Puteh, Bukan Sihir Cuma Proses Memagar Rumah

Sejak arwah Abam meninggal dunia

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hidayah mendakwa dirinya dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terkena perbuatan sihir.

Kata Hidayah, 31, gangguan mistik itu berlaku sejak arwah suaminya meninggal dunia dan berlarutan sehingga ke hari ini.

Susulan itu, Hidayah memohon bantuan untuk mencari individu yang pakar dalam perubatan Islam bagi merawat dirinya dan Hamzah yang baru berusia empat tahun.

Assalamualaikum semua, saya nak minta pertolongan kepada pakar dalam perubatan islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian merawat penyakit mistik disihir.

Saya dan Hamzah disihir serta mengalami gangguan mistik sejak arwah suami meninggal, berlarutan sehingga kini.

Tambah Hidayah lagi, individu yang ingin membantu boleh menghubungi abang kandungnya iaitu Azmir, di talian 013-3548178.

Terdahulu, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×