Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan yang dipercayai berpunca dari corndog. Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Zaridah Salleh, jirannya mengalami muntah-muntah dan cirit birit yang teruk didakwa selepas memakan corndog yang dibeli daripada car boot sale.
Meninggal dunia akibat keracunan makanan
Assalamualaikum kepada warga car boot sale. Kalau makanan tak habis jual hari ini, lebih baik sedekah atau jual dengan harga murah, janji balik modal. Jangan di jual esoknya terutama corndog. Saya agak hari sabtu hujan lebat siap ribut lagi. Tak boleh niaga, simpan jual hari Ahad.
Penangannya satu family beli 4 corndog. Satu kakaknya makan kerat dan rasa lain. Kakaknya buang kulit tinggal hotdog dan cheese, makan sikit tak jadi juga sebab tak sedap. Disambung adik bongsu makan sikit, still rasa tak sedap. Datang si abang kepada yang bongsu makan kesemua tiga lagi corndog.
Dakwanya, akibat memakan corndog tersebut, ketiga-tiga adik beradik mengalami muntah dan cirit birit yang teruk. Lebih membimbangkan lagi apabila si abang yang menghabiskan baki corndog turut muntah sehingga tidak sedarkan diri. Dia dikejarkan ke hospital dan menjalani rawatan lanjut namun masih tiada respon.
Meninggal dunia
Tolong doakan sahabat saya baru je meninggal dunia pukul 10 lebih tadi akibat keracunan makanan. Dah seminggu koma, tiba-tiba mak saya dapat panggilan dari mak dia mengatakan bahawa dia sudah tak ada.
Selepas seminggu koma di wad, remaja tersebut didakwa sudah meninggal dunia oleh rakan sekolahnya. Di ruangan komen rata-rata bersimpati dengan nasib menimpa keluarga tersebut. Tak kurang juga yang meminta agar pihak penjual bertanggungjawab atas insiden ini.
Sumber : Zaridah Salleh