berita

High Rating Drama Bantu Masuk Top 5 – Raja Ilya

January 23rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-01-23 at 11.26.36 AM

Siapa masih ingat watak Haliza dalam drama ‘Dahlia’? Peranan antagonis yang dilakonkan oleh Raja Ilya dalam drama tersebut nyata telah membuahkan hasil apabila namanya tercalon dalam senarai finalis bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Bukan sahaja mampu membawa watak antagonis dengan baik, malah lakonan Raja Ilya dalam drama ‘Love You Mr. Arrogant’ sebagai Safiya juga membuktikan bahawa pelakon ini berkebolehan menggalas pelbagai watak.

Ketika ditemubual di majlis pengumuman finalis Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2013 (ABPBH 2013) semalam, pelakon berusia 29 tahun itu menyatakan rasa terujanya apabila tersenarai sebagai finalis ABPBH tahun ini.

Screen Shot 2014-01-23 at 12.23.39 PMRaja Ilya membawa watak Shruti dalam filem Tamil Appalam

“Sudah tentu saya amat gembira bila tahu hal ini. Mungkin kemunculan saya dalam drama rating tinggi buat orang nampak bakat lakonan saya. Selain itu mungkin sebab peminat Melayu dicampur dengan peminat Tamil daripada filem Appalam telah mengundi saya.”

Walaubagaimanapun, memandangkan persaingan yang sengit dalam kategori tersebut, Raja Ilya yang baru pertama kali tercalon ini tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk merangkul anugerah itu.

“Tercalon dalam senarai ‘Top 5’ pun dah buat saya cukup teruja. Saya tak berharap pun nak menang sebab saya bersaing dengan nama-nama besar seperti Fasha Sandha dan Neelofa. Peluang tercalon pun dah cukup membuat saya tahu bahawa bakat saya telahpun diiktiraf.”

Pelakon cantik ini juga memberitahu bahawa dia sudah bersedia menerima tawaran untuk membawa lebih banyak lagi watak yang mencabar untuk menaikkan namanya dalam industri tanah air.

Dalam perkembangan terkini, Raja Ilya kini masih sedang dalam perbincangan dengan pengarah terkemuka dari India, Venket Prabu untuk filem terbarunya di sana.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×