Misteri kehilangan seorang lelaki sejak minggu lalu akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam perut seekor buaya.
Mayat dalam perut buaya
Mangsa yang dikenali sebagai Sublik, 50, dipercayai hilang ketika keluar mencari siput di Sungai Lebur, Indonesia. Susulan daripada itu, keluarga mangsa telah tampil membuat laporan berhubung kehilangan mangsa. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kutai Timur bagi menjejaki keberadaan mangsa, namun gagal.
Sehinggalah pada suatu ketika, pasukan penyelamat melakukan operasi di sungai dan terlihat seekor buaya di dalam air. Mereka kemudian menangkap buaya tersebut sebelum bertindak membelah perutnya. Alangkah terkejutnya apabila melihat mayat Sublik yang dalam keadaan sudah terkoyak berada di dalam perut buaya terbabit.
Mayat mangsa kemudian dibawa oleh pasukan perubatan untuk bedah siasat.
Sumber: Kaltim Suara