berita

Hilang Lebih 11 Tahun Selepas Diculik, Remaja Kembali Ke Pangkuan Keluarga Guna Google Maps

October 13th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Penggunaan Google Maps sering digunakan untuk mengetahui lokasi sesuatu tempat. Di Indonesia, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ervan Wahyu Anjasworo, 17 tahun, menggunakan aplikasi tersebut untuk pulang ke pangkuan keluarganya setelah hilang selama 11 tahun.

Hilang sejak kecil

Ervan dilaporkan hilang di Jakarta ketika usianya lima tahun. Ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk memulangkan sebuah permainan yang dipinjamnya. Namun, dia dihampiri oleh seorang penyanyi jalanan yang bertindak menculiknya. Selama dua tahun dia membuat persembahan dan tinggal dia jalanan bersama penyanyi tersebut.

Dia juga turut dibawa ke Surakarta selama sebulan sebelum mereka kembali ke Jakarta. Setibanya mereka di Bogor, Jawa Barat, penyanyi tersebut bertindak melarikan diri selepas mendengar siren daripada pihak berkuasa dan meninggalkan Ervan bersendirian di sebuah masjid. Dia kemudiannya telah dijadikan anak angkat dan dibela oleh Ketua Rukun Tetangga selama empat bulan sebelum bapa angkatnya meninggal dunia.

Pemuda itu, seterusnya dibela oleh cucu bapa angkatnya selama tujuh bulan sebelum dibawa ke rumah tumpangan kanak-kanak.

Detik bahagia

Gambar sekadar hiasan

Pada mulanya dia hanya menggunakan Google Maps sekadar untuk mencari maklumat jalan. Namun, dia terjumpa beberapa jalan iaitu Wonogiri, Boyolali, Sragen dan Pasar Gonggang Sragen. Ketika itu dia teringat akan pasar yang pernah dia pergi bersama neneknya sewaktu kecil. Tanpa membuang masa dia terus memberikan alamat pasar tersebut kepada seorang pekerja di tempat dia tinggal.

Lelaki tersebut bertindak menghubungi rakannya yang berada di Surakarta, Wonogiri, dan wilayah lain di Jawa tengah bagi mendapatkan kepastian. Kemudiannya, Ervan menerima sekeping gambar keluarganya dan dia ketika itu masih kenal wajah ahli keluarganya.

Dia telah dijemput untuk kembali semula ke rumahnya dan bersatu kembali bersama ahli keluarganya.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×