berita

Hilang Punca Pendapatan, Lima Beranak ‘Terpaksa’ Tinggal Dalam Kandang Kambing Selama 10 Hari

July 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Penang Kini

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai digunakan bagi menggambarkan satu situasi di mana sebuah keluarga terpaksa menjadikan kandang kambing sebagai tempat berteduh.

Artikel Berkaitan: Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa

Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…

Artikel Berkaitan:‘Nak Jual Phone Sebab Dah Tak Ada Duit Nak Makan’

Kisah meruntun hati ini, diceritakan menerusi satu hantaran di laman Facebook oleh Penang Kini yang meraih pelbagai respon daripada netizen yang turut bersimpati dengan nasib keluarga ini.

Tinggal di dalam kandang

Foto: Penang Kini

Menerusi hantaran tersebut, keluarga ini difahamkan menetap di Kampung Teluk Ipil, Nibong Tebal, Pulau Pinang. ‘Kandang’ yang dijadikan rumah itu, didiami lima beranak ini 10 hari yang lepas, berikutan kegagalan untuk membayar sewa yang telah ditetapkan oleh tuan rumah.

Keluarga Azman bin Ahmad 46 tahun bersama isteri dan 3 anaknya sudah 10 hari tinggal di bangsal ini setelah diusir keluar dari rumah sewa setelah tidak dapat membayar sewa beberapa bulan.

Berbicara lebih lanjut, keluarga ini terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan si bapa hanya berkerja sebagai tukang rumah. Susulan daripada itu, keluarga ini hilang punca pendapatan.

Dia yang hanya bekerja sebagai tukang rumah ini cukup terkesan diwaktu PKP ini yang langsung tidak mempunyai pendapatan kerana tidak dapat bekerja.

Kandang serbang kekurangan

Foto: Penang Kini

Apa yang lebih meruntun hati, apabila keluarga ini terpaksa ‘akur’ untuk menetap di rumah itu tanpa ada sebarang bekalan eletrik dan sumber air yang bersih. Jika dilihat foto-foto yang dikongsi, dapat dilihat keadaan kadang itu yang serba kekurangan dan sama sekali tidak selesa untuk didiami.

Rasa sedih melihat suasana bangsal kambing yang dijadikan rumah tiada elektrik dan air yang tidak terurus. Apatah lagi sekiranya hujan lebat sudah tentu habis basah lencun sekeluarga.

Kisah keluarga ini turut mendapat perhatian banyak pihak, dan pihak berkenaan sudah tampil memberikan bantuan awal kepada keluarga ini.

Sumber: Penang Kini

SKIP THIS AD ×