berita

Hilang Sejak 1 Mac Lalu, Mayat Orang Asli Dijumpai Tersangkut Di Paip Tingkat 6 Hospital

March 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: BERNAMA

Sebelum ini, seorang lelaki Orang Asli, dilaporkan hilang sejak 1 Mac yang lalu, ketika mendapatkan rawatan di Hospital Selayang. Terbaru, lapor Harian Metro, mayat lelaki itu telah dijumpai tersangkut pada paip di tingkat enam, hospital tersebut malam tadi.

Mayat lelaki itu yang dikenali sebagai L Angah, 79, dijumpai oleh pihak polis dipercayai terjatuh dari tingkat 10.

Terjatuh dari tingkat 10.

Foto: Harian Metro

Difahamkan, mangsa terjatuh dari tingkat 10 sebelum tersangkut pada paip di tingkat enam. Jelas menantunya, Salhamzurie Hamzah, bapa mentuanya telah dihantar ke Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) pada 27 Februari lalu, selepas muntah ketika makan dan badan panas.

Pada mulanya pihak HOAG mengesyaki bapa mentuanya terkena jangkitan denggi sebelum dihantar ke Hospital Selayang, bagi rawatan lanjut.

Sehingga jam 3 pagi, bapa mentua masih berada di wad kecemasan Hospital Selayang dan saya kemudian pulang sekejap ke rumah. Sebaik saya datang semula arwah sudah dipindahkan ke wad di tingkat 10 dan perlu menjalani ujian Covid-19.

Salhamzurie berkata, sepatutnya bapa mentuanya dipindahkan ke wad biasa pada 1 Mac lalu selepas keputusan Covid-19 negatif namun dia didapati hilang pada tengah hari itu.

Puas kami mencari merata tempat di dalam kawasan hospital dan di kawasan perumahan berhampiran kerana bimbang dia keluar namun gagal menemuinya.

Malah sepatutnya hari ini saya ingin ke Hospital Sungai Buloh kerana terfikir mungkin berlaku salah faham hingga bapa mentua dipindahkan ke sana namun tidak jadi apabila mayatnya ditemui malam tadi.

Masih belum menuntut jenazah

Sekadar Gambar Hiasan

Sehingga kini pihak keluarga masih belum menuntut jenazah lelaki ini kerana masih menunggu keputusan ujian Covid-19. Jelas Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mereka menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.10 malam.

Kejadian membabitkan pesakit hospital yang terjatuh dari tingkat 10 ke tingkat enam dan tersangkut pada paip. Pasukan bomba mengambil mangsa dan menyerahkan pada polis.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×