Sekadar gambar hiasan
Seorang pelajar sekolah menengah di Jawa Tengah, Indonesia yang dilaporkan hilang sejak awal Mei lalu akhirnya ditemui semula oleh keluarganya di sebuah rumah kosong.
Disyaki jadi hamba seks
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Regional Kompas, remaja berkenaan yang berusia 15 tahun itu bertindak sedemikian kerana bimbang rahsia mengenai kehamilannya terbongkar. Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pati iaitu AKP Ghala Rimba Doa Sirrang, remaja berkenaan dilaporkan hilang beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Ketika itu, remaja terbabit dipercayai keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarganya. Menurut laporan, remaja itu juga mengaku pernah berjumpa dengan seorang lelaki dikenali sebagai PH.
Setelah berbulan-bulan hilang, mangsa akhirnya ditemui oleh keluarganya di sebuah rumah kosong pada 31 Julai dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak terurus. Remaja terbabit kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati, mangsa kini hamil sekitar tiga hingga empat bulan.
Hasil siasatan awal mendapati, remaja terbabit disyaki telah dikurung dan menjadi hamba seks serta dirogol berkali-kali. Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: Regional Kompas