Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu telah ditemui meninggal dunia di sebuah bangunan lama di Jalan Sembulan, Kota Kinabalu.
Artikel Berkaitan: Penemuan Rangka Manusia Rungkai Misteri Kehilangan Wanita! Bekas Tunang Jadi Suspek Pembunuhan
Artikel Berkaitan: Seminggu Hilang, Mayat Influencer Dikerat & Ditemui Di Merata Tempat
Mayat terbaring
Gambar lokasi mayat ditemukan
Foto: Ihsan Polis
Memetik laporan Harian Metro, setelah dua hari mencari akhirnya mangsa berusia 21 tahun tersebut ditemui oleh bapanya kira-kira pada jam 8 pagi Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi berkata sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat tentang penemuan mayat di bangunan tersebut.
Polis kemudian menemui mayat lelaki berkenaan dalam keadaan terbaring.
Hasil pemeriksaan awal oleh doktor dari Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) mengesahkan kematian dan di bahagian tangan kiri mangsa terdapat kesan luka dipercayai patah akibat terjatuh dari tempat tinggi.
Siasatan di lokasi kejadian mendapati bangunan lima tingkat itu sudah lama ditinggalkan dan mangsa dipercayai naik ke tempat simpanan tangki air sebelum terjatuh.
Dalam masa yang sama, terdapat kesan tapak kaki di kawasan tangga bangunan dan polis juga menemui alat ‘portable vapor’ yang dipercayai milik mangsa.
Hasil siasatan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah tiada unsur-unsur jenayah.
Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua hari sebelum ahli keluarga bertindak untuk mencari mangsa.
Bagaimanapun, polis percaya tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa yang bekerja sebagai pelayan restoran itu telah terjatuh dari tingkat atas.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HQEI bagi proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati menyejut.
Sumber: Harian Metro