berita

Hilangkan Angin Dalam Badan, Cuba Resepi Serunding Halia Ini! Bagus Untuk Ibu Berpantang

April 8th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering. Memandangkan bulan puasa bakal menjelang tiba, pasti korang terfikir-fikir nak masak apa untuk stok sahur kan? Apa kata korang try resepi serunding halia ni! Confirm lain daripada yang lain!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Sekilo halia tua (buang kulit, hiris halus, nak sagat pun boleh)
  • 1 labu bawang putih (hiris halus)
  • 1 genggam ikan blis
  • Garam
  • Minyak
  • Bahan perasa (ikut suka korang)

Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih sehinga garing.

2. Kemudian, goreng halia pula sehingga garing.

3. Ikan bilis juga harus digoreng sehingga garing.

4. Akhir sekali, campurkan semua bahan-bahan goreng tadi dengan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.

Dah siap!

Kalau korang nak tahu, halia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan seperti mengekalkan peredaran darah normal, kurangkan rasa sakit kepala dan keradangan, mengubati batuk berkahak, cegah demam dan selsema, mengurangkan sakit perut, membuang segala angin dalam badan dan banyak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Masak Apa Hari Ni (MAHN)

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×