berita

‘Hina Angkatan Tentera Satu Perkara Jijik & Tidak Boleh Diterima’ – Mohamad Sabu

August 16th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Tindakan ahli perniagaan, Koon Yew Yin menghina anggota tentera sebagai ‘hanya tahu makan dan tidur’ telah mendapat kecaman daripada ramai pihak. Mereka menganggap dakwaan Koon Yew Yin itu melampau dan menggesa permohonan maaf dibuat.

Terbaru, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menerusi Astro Awani akhirnya memberi respon menganggap perbuatan tersebut jijik dan tidak boleh diterima. 

Jijik, tak boleh diterima

Sekadar gambar hiasan

Mohamad Sabu ketika berucap di Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Kementerian Pertahanan hari ini menegaskan Anggota Tentera Malaysia (ATM) seharusnya dipandang tinggi di atas pengorbanan mereka menjaga keamanan negara.

Apabila seorang jutawan mengatakan tentera makan, tidur, elok jadi peneroka Felda. Rakyat melenting. Pelbagai pihak membela angkatan tentera. Saya melihat isu perkauman dimainkan.

Apabila seorang Melayu Islam mengkritik angkatan tentera, netizen diam, tetapi apabila ada orang Tionghua (berkata yang sama), rakyat melenting.

Kita tidak kira apa-apa kaum. Menghina angkatan tentera ialah satu perkara jijik dan tidak boleh kita terima.

Tambahnya lagi, anggota tentera Malaysia juga tonggak kepada operasi menyelamat sekiranya negara menghadapi krisis atau bencana.

Anggota tentera sebagai pertahanan negara

Sekadar gambar hiasan

Menteri Pertahanan itu juga tidak boleh menerima sebarang hinaan kepada tentera yang bukan sahaja digunakan untuk pertahanan malah menangani pelbagai isu keselamatan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Apabila negara aman, rakyat dapat melakukan aktiviti harian dengan selamat tanpa perlu risau ditembak atau dibom seperti sesetengah negara lain.

Pelabur luar dan pelancong juga akan datang ke Malaysia apabila mengetahui negara ini dalam keadaan aman.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×