berita

Hina Islam Semasa Main Online Game, Lelaki Cina Ini Diburu Netizen

May 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Permainan atas talian sejak belakangan ini menjadi kegilaan ramai masyarakat tidak mengira had umur. Ia bukan sahaja menyeronokkan malah, mampu menjana pendapatan. Di samping itu, individu yang bermain permainan video ini mampu menambah kenalan.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina telah didakwa bersikap biadap oleh pengguna media sosial kerana menghina Islam dan Melayu semasa sedang live bermain games.

Cari sampai dapat

 

Di Twitter, seorang pengguna telah memuat naik rakaman suara lelaki tersebut ketika sedang live bermain games. Kata-kata kesat yang keluar dari mulut lelaki itu ternyata menimbulkan kemarahan orang ramai yang mendengarnya. Oleh itu, netizen berjaya mengesan pemilik akaun tersebut dan berjaya mengenalpasti wajah pemilik akaun berkenaan.

Pelbagai komen berbentuk kecaman terhadap lelaki tersebut turut dipenuhi di ruangan Twitter dan mereka menganggap individu tersebut sengaja merendah-rendahkan agama dan bangsa lain.

Tolak keturunan biadap ni

Sumber: aa_abdrhm

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×