berita

Hina Makanan ‘Jilaker’ Semasa Food Review, Fazley Yaakob Selar Usahawan Kosmetik Biadap Ini

March 27th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral di laman twitter apabila seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila restoran bapanya dikritik teruk oleh seorang pelanggan yang juga merupakan seorang usahawan kosmetik. Food review yang dibuat lelaki itu dianggap biadap kerana menggunakan bahasa kurang sopan.

Menurut individu itu, food review yang dilakukan itu seolah-olah menutup periuk nasi mereka sekeluarga. Isu ini menimbulkan kemarahan ramai netizen dan turut mendapat perhatian chef selebriti terkenal, Dato’ Dr Fazley Yaakob. Menurutnya, tindakan itu tidak sopan kerana melibatkan rezeki.

Thread dapat perhatian

Tweet individu ini mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya berang dengan komen biadap jutawan kosmetik itu. Malah, pelanggan itu turut memberi komen di facebook restoran itu dengan menggunakan bahasa yang kesat.

Maki makanan

Isu ini turut mendapat perhatian chef selebriti, Dato’ Chef Wan. Menurutnya, dia tidak bersetuju mengkritik makanan dengan kata-kata kurang manis. Beliau turut merasakan kritikan itu tidak sesuai dengan budaya masyarakat kita walaupun di negara luar mereka memberikan kritikan negatif sebegitu. Tambahan ianya memberi kesan negatif buat anak-anak kita jika membacanya.

Tak cukup dengan itu, Fazley Yaakob turut memuat naik isu ini di laman Instagramnya. Ini pandangan beliau sendiri..

Makanan itu rezeki bersama

“Nak menegur dan mengkritik boleh, namun jangan sampai kita hilang adab dan sopan santun sesama bangsa. Kritikan sentiasa dibolehkan, namun biarlah membina. Makanan itu rezeki bersama, punca rezeki orang yang menjual, dan jadi rezeki orang yang membeli.

Paling tidak hormatilah makanan yang di panggil ‘rezeki’ itu. Kalau tak sedap, diam atau berikan kritikan membina bukan sampai menghina dan menjatuhkan air muka seseorang. Kalau sedap maka puji lah agar lebih ramai yang datang mencuba. Apabila dikritik secara berhemah, saya pasti hampir setiap penjual akan cuba berusaha untuk memperbaiki makanan mereka. Setuju?”

Sumber : Fazley Yaakob

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×