berita

‘Hingga Saat Ini Perasaan Cinta Saya Tak Pernah Berkurang..’

May 5th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan pasangan romantik Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Selepas mempunyai anak perempuan, Lara Alana, keluarga ini makin menjadi kegemaran ramai orang. Tidak hairanlah kalau apa sahaja mereka lakukan, pasti mendapat perhatian ramai.

Terbaru, ucapan manis Awal Ashaari sempena ulang tahun mereka buat netizen kencing manis. Alahai sweet pulak tengok apabila lelaki yang beri ucapan. Ada yang cemburu tak?

Perasaan ini tak pernah kurang

“Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Hingga saat ini, perasaan dan cinta saya tetap milik dia dan sedikit pun tak pernah kurang, malahan semakin kuat setiap hari. Dia membuatkan saya mahu jadi lebih baik setiap hari, Dan dia merupakan semangat saya. Saya mungkin tak sempurna, tapi dia menyempurnakan saya” – #Schawal

Dia tulang rusuk saya, segalanya..

“Bila orang tanya, apa saya nampak pada dia? Saya nampak masa depan saya dimata dia. Dia ibu kepada anak saya, dia tulang rusuk saya, dia segala-galanya” #schawal

Semoga Allah rahmati kita

“Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 6, Semoga Allah merahmati kita sekeluarga” – #SchAwal

Ramai kencing manis

Sumber : Awal Ashaari

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×