berita

Hisap ‘Vape’ Punca Loceng Kecemasan Berbunyi, Individu Berang Baru 10 Minit Dalam Wayang

May 31st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Loceng kecemasan pastinya membuatkan orang awam rasa cemas lagi-lagi berada di sebuah tempat tertutup seperti dalam pusat beli-belah.

Begitulah kisah yang mencetus rasa berang apabila seorang individu yang tidak prihatin menimbulkan masalah dalam panggung wayang.

Artikel Berkaitan: Pencuri Motosikal Ditahan Polis Ketika Asyik Tonton Wayang Bersama Kekasih

Artikel Berkaitan: Ditetak Di Bahagian Tangan & Muka, Polis Jumpa Mayat Lelaki ‘Terbakar’ Di Bangunan Panggung Wayang Lama

Rokok elektronik

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang individu memuat naik keadaan dalam panggung wayang yang kosong setelah seorang individu ditangkap menggunakan ‘vape’ dan menyebabkan loceng kecemasan berbunyi.

Keadaan itu mencetuskan rasa cemas dalam kalangan penonton yang hadir untuk menyelamatkan diri.

Semalam menyaksikan kebodohan orang tengok wayang. Emergency alarm berbunyi menyebabkan semua hall kelam kabut sebab ada orang hisap vape dalam panggung wayang.

Menyusahkan.

Tambahnya, dia baru 10 minit berada dalam panggung wayang berkenaan untuk menonton filem fantasi muzikal, ‘The Little Mermaid.’

Menyusahkan orang!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan sikap sesetengah individu yang tidak prihatin dengan keadaan sekeliling. Selain itu, terdapat juga komen dari segelintir netizen yang berharap agar individu sebegini diberikan pengajaran atas tindakan yang tidak bertanggungjawab sebegitu.

Sumber: Twitter @amofficialmy

SKIP THIS AD ×