Konflik rumah tangga melibatkan pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah pun mencapai kata sepakat selepas ikatan perkahwinan mereka bakal berakhir.
Difahamkan, Syamsul akan melafazkan talak ke atas Puteri Sarah pada 18 April akan datang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Setuju Nak Ceraikan Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Dedah Syamsul Yusof & Puteri Sarah Berjumpa Sehari Sebelum Keputusan JKP
Artikel Berkaitan: Syamsul Tenang Tiba Di Mahkamah, Puteri Sarah Harap Boleh Bawa Haluan Masing-Masing
Akan jaga hubungan baik dengan besan
Dalam pada itu, bapa kepada Syamsul, Datuk Yusof Haslam mendedahkan bahawa beliau reda dan menerima segala keputusan dan kata sepakat yang dicapai anak dan menantunya itu.
Saya dan isteri, mendoakan yang baik-baik saja buat Syamsul dan menantu kami, Puteri Sarah untuk keputusan esok. Kami reda dengan apa saja keputusannya. Semoga keputusan itu baik untuk kedua-dua belah pihak.
Kami reda dengan apa saja keputusan esok (hari ini). Semuanya adalah ketentuan daripada Allah. Kita memang nak mereka terus bersama, tapi Puteri Sarah juga ada sebab dengan keputusan dibuatnya.
Yusof Haslam yang ditemui Harian Metro turut memaklumkan bahawa beliau akan terus menjaga hubungan baiknya bersama besan meskipun jalan perpisahan yang dicapai Syamsul dan juga Puteri Sarah.
Sempena Ramadan ini dan tidak lama lagi nak berhari raya pula, saya harap semuanya selesai dengan baik. Saya dan isteri akan terus menjalin hubungan silaturahim yang rapat dengan besan kami, keluarga Puteri Sarah seperti selalu.
Kami akan terus menjaga hubungan baik ini, saling bertanya khabar dan berkunjung ke rumah masing-masing untuk berhari raya bagi menggembirakan cucu-cucu kami yang dikasihi, Syaikul Islam dan Sumayyah.
Terdahulu, konflik rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul dan Puteri Sarah dilihat bakal berakhir selepas pengarah filem Munafik itu bersetuju untuk menceraikan isteri pertamanya pada 18 April depan sejurus usai prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, pada pagi Isnin.
Video
@ohbulanofficial Semoga segala urusan dipermudahkan.. #ohbulan #fyp #news ? original sound – OHBULAN!
Sumber: Harian Metro