Peguam yang mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais mendedahkan pengarah sensasi itu dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat telah mencapai kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian antara mereka.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Setuju Nak Ceraikan Puteri Sarah
Artikel berkaitan: Syamsul Tenang Tiba Di Mahkamah, Puteri Sarah Harap Boleh Bawa Haluan Masing-Masing
Artikel berkaitan: Puteri Sarah Mungkin Akan Failkan Nusyuz Terhadap Syamsul
Berjumpa sehari sebelum
Menurut Azmi, satu perjumpaan antara pihak Syamsul dan Puteri Sarah telah berlaku pada malam sehari sebelum mereka hadir ke mahkamah pada Isnin bersamaan 10 April 2023.
Pada hari ini (Isnin) ditetapkan tarikh sebutan seterusnya untuk kes cerai ini. Sepatutnya hari ini adalah untuk menerima laporan jawatankuasa pendamai (JKP) yang telah dijalankan sebelum ini.
Tetapi sebelum ia berlaku, kami maklumkan kepada Hakim, kedua-dua pihak telah berjumpa sesama sendiri malam semalam dan telah mencapai kata-kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian.
Jadi kami baru mendapat terma pada pagi tadi dan terus membuat draf perjanjian. Lalu kami telah menyerahkan sesalinan draf perjanjian itu kepada kepada pihak peguam pihak sana untuk disemak, tertakluk kepada persetujuan pihak sana.
Sementara itu, ditanya adalah jalan yang diambil menjadi petanda Syamsul bersetuju berpisah secara baik, Azmi mengiyakan perkara terbabit.
Insya-Allah, begitulah cerita dia dengan perjanjian tersebut. Perjanjian penyelesaian perceraian yang merangkumi hak-hak isteri selepas cerai, hadanah, nafkah anak dan juga global, kes-kes lain seperti kes nusyuz. Tunggu minggu hadapan (18 April 2023).
Terdahulu, pengarah filem Munafik itu bersetuju untuk menceraikan isteri pertamanya pada 18 April depan sejurus usai prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, pada pagi Isnin.
Sebelum ini, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Video
@ohbulanofficial Semoga segala urusan dipermudahkan.. #ohbulan #fyp #news ? original sound – OHBULAN!