berita

Hos Pesta Malam Tahun Baru Bersama Pete Davidson, Kim Kardashian ‘Unfollow’ Miley Cyrus Di Instagram

January 6th, 2022 | by Iman
Kini Trending

Baru-baru ini, kelihatan Miley Cyrus telah menganjurkan serta menjadi hos bersama Pete Davidson di sebuah pesta miliknya sendiri ketika ambang malam tahun baru, di Miami Florida.

Susulan daripada itu, Kim Kardashian yang juga merupakan kekasih kepada Pete Davidson kemungkinan besar berasa cemburu ataupun menyampah dengan keakraban mereka berdua lalu bertindak untuk tidak lagi mengikuti Miley Cyrus di Instagram.

Ingin menggoda kekasihnya

Menerusi laporan Daily Mail UK, Kim K berpendapat bahawa Miley mencuba untuk menggoda kekasihnya itu sewaktu kedua-duanya itu muncul dalam acara pesta Tahun Baru di Miami itu. Terutamanya ketika penyanyi Pop itu sengaja mengusik dan berseloroh tentang saiz alat sulit Pete Davidson.

Tidak cukup dengan itu, Miley Cyrus turut mengatakan dia bersedia untuk ‘bersama’ Davidson lantaran saiz alat sulitnya yang besar termasuklah membuat kapsyen mengenainya sambil memeluk Pete dengan berpakaian seksi.

‘Big Debut Energy’.

Bukan itu sahaja, ketika Miley dan Pete pergi ke jejak promosi bersama-sama dan muncul di dalam rancangan Fallon Tonight Show bulan lepas untuk bercakap mengenai acara Pesta Tahun Baru tersebut, penyanyi itu memuat naik gambar mereka bersama dengan kapsyen berserta dua emoji hati.

Saya dan Pete.

Unfollow di Instagram

Walau bagaimanapun, seorang netizen yang juga merupakan peminat Miley Cyrus kemudiannya menyedari Kim K sebenarnya telah unfollow akaun Instagram penyanyi itu sejak 10 Disember yang lalu dan bukannya baru-baru ini.

Dalam pada itu, biarpun gosip mengenainya sedang hangat diperkatakan, namun Kim K, 41 masih belum memberi sebarang respon dan dia kini sedang bercuti bersama Pete di Bahamas.

Sumber: Daily Mail UK

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×