berita

Hospital Kebangsaan Sri Lanka Kini Terbiar, Pesakit Yang Masih Ada Dibiar Tanpa Dirawat

July 27th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Susulan situasi muflis di negara Sri Lanka, keseluruhan wad Hospital Kebangsaan Sri Lanka terbiar gelap dan hampir kosong, manakala ada pesakit yang masih terbiar tanpa dirawat dan berada dalam kesakitan.

Dulunya sistem kesihatan yang dicemburui

Foto: AFP

Krisis ekonomi yang melanda Sri Lanka jelas sekali memberi tamparan hebat kepada sistem kesihatan menyeluruh dan percuma Sri Lanka yang sebelum ini dicemburui negara-negara jiran di Asia Selatan.

Memetik laporan AFP, seorang wanita bernama Theresa Mary melakukan perjalanan ke ibu kota Sri Lanka, Colombo untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kebangsaan Sri Lanka akibat radang pada sendi.

Mary yang gagal mendapatkan kenderaan untuk ditumpang pada akhir-akhir perjalanan, terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer.

Wanita itu kemudian dibenarkan keluar selepas empat hari, tetapi masih sukar berdiri kerana dispensari hospital kehabisan ubat tahan sakit.

Doktor-doktor meminta saya membeli ubat di farmasi swasta tetapi saya tiada wang. Lutut saya masih bengkak. Saya tiada kediaman di Colombo. Saya tidak tahu berapa lama saya sudah berjalan.

Dulunya, Hospital Kebangsaan itu menerima pesakit dari seluruh Sri Lanka yang memerlukan rawatan pakar, namun kini beroperasi hanya dengan kaki tangan yang sedikit, manakala kebanyakan daripada 3,400 katil terbiar tanpa digunakan.

Ubat habis, doktor tak ada

Foto: AFP

Bekalan peralatan pembedahan dan ubat penting hampir kehabisan sepenuhnya, manakala masalah bekalan petrol pula menyebabkan pesakit dan doktor tidak dapat melakukan perjalanan ke hospital.

Pesakit-pesakit yang dijadualkan menjalani pembedahan tidak hadir. Sebilangan kakitangan melakukan syif berganda kerana petugas lain tidak dapat hadir bekerja. Ya, mereka mempunyai kereta tetapi mereka tidak dapat membeli petrol.

Sri Lanka mengimport 85 peratus ubat dan peralatan perubatan bersama bahan mentah bagi menghasilkan barangan keperluan perubatan lain yang diperlukan.

Bagaimanapun, ekoran negara itu yang kini diisytihar muflis dan ketiadaan mata wang asing, Sri Lanka gagal mengimport barang keperluan seperti petrol dan ubat.

Ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat pediatrik amat kurang bekalannya. Ubat lain pula menjadi empat kali ganda lebih mahal sejak tiga bulan lalu.

Sumber: CNA

SKIP THIS AD ×