berita

Hotel Pusat Kuarantin Di Sarawak Ditinggalkan Bersepah, TV Dicabut?

May 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kebersihan diri dan persekitaran merupakan salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu tanpa mengira umur mahupun jantina. Tahap kebersihan juga mampu menggambarkan keperibadian seseorang itu.

Terbaru, seorang pengguna Facebook ada berkongsi satu kisah yang dipercayai berlaku di salah sebuah pusat kuarantin yang terletak di Sarawak. Lebih mengejutkan ramai apabila melihat keadaan persekitaran di dalam bilik kuarantin tersebut sangat kotor dan menjijikkan.

Tak tahu bersyukur

 

Astaghfirullahalazim..Sikap segelintir orang kita, tempat kuarantin bukan main, dah lah percuma. Lepas dua minggu jadi macam ni bilik ni. Siapa entah yang duduk bilik ni. Pengotor dan tak bersyukur mengalahkan beruk. Aduhai, kalau lah orang ini orang Sarawak, memalukan Sarawak je. Sebab orang Sarawak memang kita tahu pembersih dan tak kurang sopannya. Kalau anak muda, jeng, jeng, jeng. Kalau nak diikutkan, yang dikuarantin sekarang kebanyakkan student IPT, diaorang ni bakal mewarisi peninggalan masa depan ni.

Menerusi perkongsian di Facebook, individu ini meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang dikatakan tergamak meninggalkan bilik kuarantin tersebut dalam keadaan kotor dan tidak terurus.

Lebih mengecewakan apabila penghuni-penghuni di bilik tersebut seakan-akan tidak bersyukur dan menghargai kemudahan percuma yang disediakan kepada mereka.

Memalukan Sarawak

Menurut individu ini lagi, sekiranya orang Sarawak sendiri yang melakukan perbuatan kotor ini ianya secara tidak langsung akan memalukan nama negeri itu sendiri sedangkan orang Sarawak merupakan individu yang sangat pembersih dan sopan. Menurut sumber lain mengatakan, kejadian ini dipercayai dilakukan oleh kluster kayangan yang telah dikuarantinkan di Hotel Grand Margherita di Kuching.

Kotornya

Bilik bersepah

 

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang mempercayai bahawa perbuatan ini dilakukan oleh pelajar IPT yang telah dikuarantinkan di hotel berkenaan. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang memberi pendapat agar pihak pengurusan hotel tersebut membuat semakan nama penghuni yang pernah dikuarantinkan di situ dan seterusnya mengambil tindakan lanjut.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×