berita

HUAWEI MatePad Baru, MatePad T 10, WATCH FIT & FreeLace Pro Kini Boleh Didapati Di Malaysia!

September 14th, 2020 | by Hanis Aliaa
Teknologi

Kenapa perlu berbelanja lebih bila korang boleh dapatkan produk baru bermula dari RM6.57/hari* serta menikmati ganjaran berganda daripada HUAWEI?

Haa, September merupakan bulan yang best dengan adanya produk terbaru dari HUAWEI. Kalau korang nak tahu, HUAWEI MatePadMatePad T 10, WATCH FIT dan FreeLace Pro sudah mula dijual di semua HUAWEI Experience Stores seluruh negara dan secara dalam talian di HUAWEI Store.

Dengan ciri-ciri unik yang ada, korang tak perlu berbelanja lebih kalau nak menikmati produk dengan nilai lebih baik, dilengkapi dengan ekosistem bersepadu sesuai dengan gaya hidup korang. Jom kami kongsikan apa yang HUAWEI tawarkan untuk korang! 

HUAWEI MatePad (WiFi) & MatePad T 10

Korang dah tak perlu bersusah-payah mencari tablet yang serba boleh, HUAWEI MatePad baru kan ada! Ia dijual dengan hanya RM1,399! Paling best, dengan setiap pembelian HUAWEI MatePad, korang akan menerima papan kekunci HUAWEI dan hadiah lain secara percuma bernilai sehingga RM500*!

Antara freebies yang akan korang bawa pulang dengan setiap pembelian HUAWEI MatePad WiFi ini ialah:

  • HUAWEI Keyboard
  • HUAWEI Video selama 3 bulan (saluran The Explorers & Qello Concerts)
  • HUAWEI Book sah sehingga 31 Disember 2020
  • HUAWEI Member Center Rewards
  • 15GB HUAWEI Cloud Storage untuk 12 bulan
*Tertakluk pada terma dan syarat

Korang yang inginkan sesuatu yang lebih murah boleh dapatkan HUAWEI MatePad T 10 yang dijual dengan harga hanya RM799. Berbaloinya, rugi kalau terlepas peluang ni!

Kenali dan maksimumkan setiap ciri yang ada pada HUAWEI MatePad korang. Jom tengok video mengapa hidup Wany Hasrita dan Hael Husaini lebih lengkap dengan ciri hebat yang ada pada HUAWEI MatePad!

M-Pencil :

Multi-Window & App Multiplier :

Harman Kardon :

Huawei Share & Meetime :

AppGallery :

Kids Corner :

HUAWEI WATCH FIT & FreeLace Pro

HUAWEI WATCH FIT dan FreeLace Pro akan menjadi rakan sukan terbaik korang dengan inovasinya yang canggih. HUAWEI WATCH FIT mempunyai 96 mod senaman yang mengagumkan, animasi senaman pantas dan hayat bateri sehingga 10 hari.

Bagi HUAWEI FreeLace Pro, ia dilengkapi teknologi pembatalan hingar (ANC) dwimikrofon, mod ketelusan dan hayat bateri main balik sehingga 24 jam. Peranti ini akan memberikan pengalaman latihan yang luar biasa bagi pengguna ketika digunakan bersama.

Kalau korang pernah berangan nak battle dengan pemenang pingat perak beregu campuran Olimpik badminton negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon, inilah peluangnya! Korang boleh menentang mereka di Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT yang akan berlangsung pada 26 dan 27 September di Sports Arena Sentosa, Kuala Lumpur.

Korang hanya perlu membeli HUAWEI WATCH FIT dari HUAWEI Experience Stores atau HUAWEI Store dan daftarkan minat korang untuk sertai kejohanan ini secara dalam talian. Uji kemahiran badminton korang dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai lebih dari RM10,000*!

Jom daftarkan diri korang di Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT sekarang kerana siapa cepat dia dapat! Jangan lupa untuk ikuti HUAWEI WATCH FIT Event Page untuk maklumat lebih lanjut tentang Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT. 

Peluang memenangi HUAWEI WATCH FIT

Korang juga berpeluang untuk memenangi HUAWEI WATCH FIT tau. Hanya ikuti 3 langkah mudah ini untuk sertai HUAWEI WATCH FIT Move TikTok Challenge 2020 dan menangi HUAWEI WATCH FIT.

  1. Ikuti pergerakan #WatchFitMoveMY
  2. Muat naik video korang dengan hashtag #WatchFitMoveMY
  3. Video dengan LIKE terbanyak akan memenangi HUAWEI WATCH FIT!

HUAWEI WATCH FIT Move TikTok Challenge 2020 akan berakhir pada 10 Oktober 2020*. Untuk info lebih lanjut mengenai peraduan, korang boleh tengok di sini.

Laman Facebook Rasmi HUAWEI juga akan mengadakan pertandingan kongsi dan menang bermula 5 hingga 12 September 2020. Korang hanya perlu kongsikan video ini untuk peluang menjadi salah seorang pemenang bertuah yang bakal memiliki HUAWEI WATCH FIT*. Cepat tau sementara stok masih ada!

Mengapa bayar lebih? Pelan ansuran HUAWEI Together 2020 kan ada!

Korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan peranti terbaru ini sekarang melalui pelan ansuran HUAWEI Together 2020. Pelan ni memang ngam untuk pelajar kerana korang boleh dapatkan HUAWEI nova 7 SE dan HUAWEI MatePad dengan hanya RM7.94* sehari selama 12 bulan. Berbaloinya!

Terdapat juga pakej khas yang menampilkan HUAWEI nova 7 SE, FreeLace Pro dan WATCH FIT hanya pada harga RM6.57* sehari selama 12 bulan.

Jom berjimat sekarang dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan cerdas bersama orang yang tersayang dengan membeli dua unit HUAWEI WATCH FIT untuk menerima rebat segera RM100* sehingga 9 Oktober ini. Untuk info lanjut, layari http://consumer.HUAWEI.com atau lawati Facebook HUAWEI.

Korang boleh usha HUAWEI MatePad di sini, HUAWEI WATCH FIT di sini dan HUAWEI FreeLace Pro di sini.

*Tertakluk pada terma dan syarat
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×