berita

HUAWEI Perkenal Nova 7 SE – Telefon Pintar Stylo Buat Si Penggemar Fesyen!

June 22nd, 2020 | by Nurul
Shout Out!
Huawei nova 7 SE Review - Pretty Purple 5G Power Performer ...

Kredit: Hitech CENTURY

Bagi penggemar fesyen, semestinya pemilihan pakaian, gaya rambut dan aksesori memainkan peranan yang penting dalam stail harian korang. Kalau boleh, semuanya mestilah up-to-date dan in trend dengan gaya masa kini. Tapi, pernah tak korang terfikir yang telefon pintar pun mampu menyerlahkan gaya si pemakai?

Haa..admin pun tak nak cakap banyak, meh kami perkenalkan HUAWEI nova 7 SE baharu yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga berprestasi tinggi dan patut masuk dalam list must buy korang! Tak hairanlah HUAWEI nova 7 SE ni jadi rebutan selepas pelancarannya!

Reka bentuk yang menakjubkan!

Kebiasaannya, telefon pintar 5G yang dijual di pasaran direka dengan reka bentuk yang tebal untuk keperluan ruang pada chipset 5G. Menariknya HUAWEI nova 7 SE baru ni, ia dibina lebih nipis dan ringan dengan ketebalan 8.58 mm serta seberat hanya 189 gram, membuatkannya sangat ringan untuk dipegang.

Ia juga menggunakan reka bentuk kaca 3D di bahagian belakang yang menjadikannya sedikit melengkung untuk cengkaman yang lebih selesa. Kalau korang letakkannya di bawah sinar matahari, HUAWEI nova 7 SE akan kelihatan cerah, lut sinar dan kelihatan seakan-akan botol minyak wangi premium. Wah, style habis!

Untuk bahagian depan, HUAWEI nova 7 SE dilengkapi dengan paparan FullView 6.5 inci beresolusi 1080p. Ini akan memberikan efek visual yang lebih jelas dan mendalam. Manakala kamera depan pula bernisbah 90.3% skrin yang dapat meningkatkan pengalaman menonton yang lebih menarik.

Bukan itu saja, HUAWEI nova 7 SE turut dilengkapi dengan kamera AI Quad yang terdiri daripada kamera utama 64MP, lensa sudut ultra lebar 8MP, lensa makro 2MP dan lensa bokeh 2MP yang saling melengkapi untuk menyokong pelbagai senario fotografi.

Kamera utama 64MP

Lensa sudut ultra lebar 8MP

Lensa makro 2MP

Lensa bokeh 2MP

Variasi warna yang memukau!

Huawei Nova 7 SE 5G Malaysia: Everything you need to know

Selain reka bentuknya yang hebat, HUAWEI nova 7 SE juga datang dalam 3 pilihan warna yang memikat hati iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple. Menariknya, varian Space Silver menggunakan rona perak khas yang menghasilkan gradian warna biru muda, perak dan merah jambu. Manakala, Midsummer Purple pula menonjolkan rona ungu yang mencerminkan warna biru muda seakan-akan warna langit di musim panas.

Selain itu, rekaan kaca pada belakang HUAWEI nova 7 SE ni dapat menyerlahkan lagi gaya segar dan elegan, sesuai untuk si pemakai yang stylo!

Telefon pintar berprestasi tinggi untuk era 5G!

Yang paling penting bagi sebuah telefon pintar adalah prestasinya! Haa..HUAWEI nova 7 SE 5G ni dikuasakan oleh Kirin 820 5G dan menyokong kedua-dua sambungan 4G dan 5G. Apa yang menjadikan HUAWEI nova 7 SE ni ini istimewa ialah teknologi 5G super uplink yang unik dan membolehkan pengguna mengalami kelajuan Internet yang lebih lancar.

Bergaya, inovatif dan berteknologi tinggi, boleh kata HUAWEI nova 7 SE ni punyai segala ciri telefon pintar yang korang idam-idamkan selama ini!

Kenangan indah kini dapat dirakam dengan mudah!

Bila pergi bercuti ataupun meraikan hari penting bersama tersayang, susah betul nak rakamkan detik indah tu dalam rakaman yang sama. Selalunya kena pause video, flip kamera dan lepas tu kena edit pulak. Makan masa betul.

Buat apa nak susah-susah, untuk pengetahuan korang, Siri HUAWEI nova 7 baharu ni menyokong fungsi Dual-View yang memanfaatkan sepenuhnya kamera depan dan belakang untuk merakam momen indah di kedua-dua belah perspektif. Pada kamera belakang turut disertakan lensa makro untuk pengambilan gambar dari jarak dekat.

https://www.youtube.com/watch?v=sLFepmbesNg&feature=youtu.be

Best kan? Lepas ni, takdelah korang terlepas lagi untuk merakam momen bermakna dan simpan kenangan berharga ni dalam hidup korang!

Korang mesti miliki Siri HUAWEI nova 7!

Cerita banyak pun tak guna, apa kata korang layan dulu video ni untuk tahu lebih lagi tentang telefon pintar 5G paling mampu dimiliki di Malaysia dan 9 sebab mengapa korang mesti dapatkan Siri HUAWEI nova 7 yang terbaharu hari ni juga!

Didatangkan khas dengan HUAWEI FreeBuds 3i – Pop to Pair, mudah untuk disambungkan!

Berharga RM1,499,  HUAWEI nova 7 SE turut didatangkan dengan HUAWEI FreeBuds 3i baru dan dilengkapi dengan badan utama ergonomik berbentuk kon yang direka untuk gaya dan kesesuaian korang untuk pengalaman audio yang lebih mengujakan apabila dipasangkan dengan Siri HUAWEI nova 7!

Selain mampu memindahkan fail dengan mudah, menghapuskan bunyi bising ataupun menikmati lagu kegemaran korang, FreeBuds 3i juga dapat memberikan pengalaman audio yang menakjubkan buat korang semua dengan harga hanya RM399!

Nikmati aplikasi kegemaran korang di HUAWEI AppGallery!

Kalau tadi, kami dah ceritakan keistimewaan dan semua ciri luar biasa yang ada pada HUAWEI nova 7 SE kan? Haa..ada lagi, dengan HUAWEI AppGallery ni, kami yakin korang akan lebih puas hati apabila korang boleh nikmati pelbagai aplikasi kegemaran korang di sini!

Untuk tahu lebih lagi tentang HUAWEI AppGallery, klik sini.

https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA/videos/260719098526481/&sa=D&ust=1591851402526000&usg=AFQjCNGwvw6A_vtGsH0JVuztTd2PhjV5Nw

Karnival AppGallery HUAWEI dah kembali!

Berita baik untuk korang semua, bermula 19 Jun hingga 30 Jun 2020, korang berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2 juta di Karnival AppGallery HUAWEI tau! Wow!

Antara hadiah yang ditawarkan di HUAWEI Experience Store (HES) adalah tiga buah Proton X70, dan 500 buah skuter elektrik.

Tak cukup dengan tu, dengan memiliki HUAWEI nova 7 SE, korang juga boleh rebut ganjaran Member Center berupa baucar makanan bernilai sehingga RM1,000 daripada rakan kongsi HUAWEI seperti AirAsia BIG, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada, Free Fire dan banyak lagilah.

Jom miliki peranti HUAWEI hari ini juga!

Bagi yang masih teragak-agak nak beli gajet baru sebab risau dengan kos, korang tak perlu risau sebab HUAWEI menawarkan program istimewa iaitu HUAWEI Together 2020. Melalui program ini, korang berpeluang untuk miliki peranti flagship HUAWEI dengan hanya serendah RM5.20 sehari!

Pelan ansuran tanpa faedah ini ditawarkan antara tempoh 6 bulan dan 12 bulan tau. Paling best, korang juga bebas memilih untuk menggabungkan mana-mana peranti pre-bundled atau boleh je sesuaikan sendiri mengikut keperluan gaya hidup korang.

Tak kisahlah sama ada korang seorang profesional perniagaan, gamer atau pelajar, kami yakin program yang ditawarkan oleh HUAWEI ini dah tentu tak membebankan perbelanjaan bulanan korang. Malah, korang boleh sentiasa kekal on-the-go dengan adanya peranti canggih HUAWEI. Dapatkan maklumat lanjut tentang program HUAWEI Together 2020 di SINI.

Oh ya, jangan lupa untuk dapatkan info terbaru mengenai Siri HUAWEI nova 7 di laman Facebook HUAWEI dan kunjungi HUAWEI Store berhampiran atau HUAWEI Experience Store untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 7 SE.

SKIP THIS AD ×