berita

‘Hubungan Antara Anak & Ayah Tidak Akan Putus Sampai Mati’ – Adam Shahz

February 2nd, 2023 | by Alia
Isu & Kontroversi

Terdahulu pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa gagal mencapai kata sepakat mengenai hak jagaan anak perempuan mereka semasa prosiding perbicaraan kali pertama di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Artikel berkaitan : ‘Bukan Untuk Bermusuhan, Hanya Mahukan Hak Sebagai Bapa’ – Adam Shahz

Artikel berakitan : Fatin Afeefa Bersedia Untuk ‘Perang’ Di Mahkamah

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Gunakan Akal Seolah Nyawa Anda Bergantung Kepadanya’ – Suami Fatin Afeefa Tuju Dekat Adam Shahz?

Hubungan anak dan bapa

Mengulas mengenai prosiding perbicaraannya itu, Adam menyatakan bahawa hubungan anak dan ayah tidak akan terputus hingga ke akhir hayat terutamanya hubungan anak perempuan dan bapa walaupun ibu dan bapa bercerai.

Tak kisah bila berlaku perceraian, jika pihak sebelah sana atau sini ada benda-benda yang negatif pun kita kena ingat satu saja hubungan antara anak dan emak atau ayahnya di mana itu tidak akan putus sampai kita mati.

Ini bukan harapan saya saja yang berdepan dengan isu hak penjagaan anak ini tetapi pada semua golongan bapa yang lain.

Adam menyuarakan mengenai hubungan anak dan bapa itu bukan untuk dirinya sahaja tetapi mewakili setiap bapa di luar sana.

Tambah aktor ini lagi, dia sangat merindui anak perempuannya itu, Ivy Herra Sophia kerana sudah tiga bulan tidak bertemu.

Video sindir di TikTok

Dalam pada itu, pelakon filem Juvana turut ditanya mengenai video yang dimuat naik oleh suami Fatin Afeefa, Aliff Awang di TikTok dikatakan seolah-olah menyindir dirinya.

Ujarnya lagi, dia hanya mengetahui tentang video tersebut apabila ada pihak yang memberitahunya.

Saya tak nak komen dan lebih baik saya berdiam diri dahulu. Saya tidak kisah pun kerana sudah biasa berdepan dengan perkara seperti itu selama ini.

Mahkamah telah menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh perbicaraan semula.

Sekadar info, hasil perkahwinan mereka terdahulu, Adam dan Fatin mempunyai seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia yang berusia tujuh tahun.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×