berita

‘Hubungan Saya & Nabil Rapat..’ – Isu Gangguan Seksual, Hazami Tidak Ambil Hati

November 2nd, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru baru ini viral di media sosial apabila Nabil didakwa berperlakuan kurang sopan terhadap Hazami. Dia telah memegang bahagian leher penyanyi tersebut ketika juri sedang memberikan komen. Perbuatan itu dikecam netizen yang rata-rata menganggap ianya sebagai gangguan seksual.

Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Hazami tidak mengambil hati terhadap kelakuan Nabil dan menganggap ianya hanya salah faham.

Saya rapat dengan Nabil

Disebabkan jarang muncul di televisyen, peminat tidak biasa melihat situasi seperti itu dan mereka ingat saya dibuli.

Hubungan saya dengan Nabil rapat kerana kami saling mengenali sejak 12 tahun lalu. Kalau kami bukan rakan rapat, tidak mungkin Nabil berani buat sebegitu.

Hazami menganggap isu itu cuma salah faham dalam kalangan peminatnya yang bersikap terlalu ‘protective’. Situasi itu baginya melucukan kerana ia adalah lawak peribadi yang hanya difahami oleh mereka.

Tidak ambil hati

Nabil pun sudah minta maaf di belakang pentas selepas selesai acara. Namun, saya tidak mengambil hati kerana GV4 adalah program hiburan. Saya juga tidak mahu salahkan sesiapa kerana isu terbabit

Saya sudah menjelaskan situasi itu kepada pengikut di Instagram. Bagi saya, ia hanya perkara kecil berbanding fitnah individu tidak bertanggungjawab yang membuat berita palsu saya sudah meninggal dunia seperti sebelum ini.

Penyanyi itu meminta isu berkenaan tidak berpanjangan dan mahu penonton berseronok menyaksikan GV4. Dia turut mengatakan yang isu itu hanya kecil berbanding fitnah yang pernah dilalui sebelum ini.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×